01 September 2008

Ramadhan Datang Lagi.

Salam,
Ramadhan datang lagi. Masyarakat kalut setiap kali ramadhan datang. Kalut pasal duit kurang, kalut pasal memilih lauk-pauk, kuih-muih apa yang nak dibeli untuk dibuat berbuka, kalut nak balik awal kerja, nak masak untuk juadah berbuka dan kalut lagi malamnya nak berterawih untuk dapatkan lebih pahala pada bulan yang mulia ini.

Kalau nak dikira, masyarakat kita hari telah banyak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar tentang puasa. Tak tahu nak percaya yang mana satu, tak tahu yang mana betul dan yang mana salah, tak tahu yang mana wajib yang mana sunat, yang mana makruh dan yang mana haram dilakukan pada bulan puasa. Dari sekecil-kecil kesalahan sehinggalah yang sebesar-besar kesalahan.

Sejak kecil kita dididik tak boleh buat itu dan ini pada bulan puasa nanti kurus puasa(kurang pahala puasa), nanti batal puasa. Betulkah ini semua yang diajar di sekolah dan diceritakan oleh tok lebai di madrasah dan masjid? Kita dilarang memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti mengorek hidung, mengorek telinga. Kita juga dilarang mandi pada waktu petang kerana akan mengurangkan pahala puasa.

Perkara yang lebih besar lagi ialah siapa yang diwajibkan berpuasa dan siapa yang boleh dikecualikan daripada puasa. Dalam Quran ayat 2:184, orang-orang yang dikecualikan daripada berpuasa ialah orang yang sakit dan dalam perjalanan sahaja(tapi mesti diganti pada hari lain atau memberi makan orang miskin). Tidak ada pun disebutkan perempuan dalam haid tak boleh puasa dan lain-lain sebab. Tapi kenapa hari ini terlalu banyak mereka yang dikecualikan daripada puasa seperti yang diajar oleh ulamak-ulamak. Mana satu yang betul?

Tentang masa berpuasa pula, apa yang kita amalkan hari ini bertentangan dengan apa yang diajar oleh Quran. Dalam Quran ayat 2:187 (Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam). Sekarang kita mula berpuasa pada waktu subuh dan berbuka pada waktu maghrib. Mana satu yang betul ni?

Sesungguhnya banyak perkara atau amalan yang kita lakukan hari ini banyak yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Ini sebahagian sahaja daripadanya. Sebab itulah kalau kita lihat sekarang di mana-mana sahaja umat Islam ditindas, dianaiya dan sebagainya. Seolah-olah ini merupakan pembalasan daripada Allah kerana menyeleweng daripada ajaran yang sebenarnya. Benarkah begitu?

12 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Selamat menjalani ibadah puasa :-)


Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

salam ramadhan..
smalam sebelum bebuke ada dengar ustaz bg sedikit tazkirah sebelum bebuke.tajuknya simple,mengapa perlu berpuasa..dalam syarahnny itu ada menyebut 7 golongan yg diberikan kelonggaran utk berbuka puase di bln ramadhan tetapi perlu menggantikanny kembali di bulan selain ramadhan..antaranya ialah,wanita yg menyusukan bayi,wanita mengandung, wanita yg melahirkan anak, perempuan dtg haid, orang tua yg x berkuasa,orang yg ter sangat lapar dan dahaga dan semestinyalah org yg bermusafir..mungkin didalam ayat AlQuran itu uzur memberi maksud yg luas,maka bertepatanlah 6 golongan diatas jika disabitkan bgn uzur..sesungguhnya islam itu indah,islam itu mudah,islam itu universal..penjelasam alim ulamak adalah sgt diperlukan dalam menguraikan isu2 dan persoalan2 seperti ini,.

tok janggut berkata...

Sekadar renungan,
Semua yang no name berikan ada logiknya jika mereka tak berpuasa tapi bagi perempuan yang datang haid saya rasa tak ada sebab mereka tak boleh berpuasa.

Tanpa Nama berkata...

sekadar pandangan..
perempuan yg didatangi haid itu sesungguhnya berada dalam tempoh tidak suci.merujuk kepada orang lelaki sekalipun yg keluar mani perlu mensucikan diri untuk berpuasa.tetapi diberi kelonggaran untuk melewatkan mandi junub.sebolehnya sebelum berakhirnya waktu subuh...maksudnya disini seseorang yg ingin berpuasa itu hendaklah berada dalam keadaan suci..begitu juga dgn perempuan yg dalam keaadan nifas,kesnya same.mereka dalam tempoh tidak suci..

walaubagaimanapun perempuan2 ini digalakkan untuk same2 'berpuasa' yakni menahan lapar dan dahaga sebagai menghormati kemuliaan bulan ramadhan..ganjarannya tentu sekali besar disisi Allah yg Maha Pemurah..same juga kes orang yg tidak @ lupe berniat di malam hr untuk berpuasa.mereka juga dikehendaki same2 "berpuasa" tetapi perlulah diganti di lain bulan.pahalanya tetap ada tetapi mungkin x same lah...wallahualam..
sekadar berkongsi pandangan dan ilmu yg teramatlah sedikit ini.kekurangan atau silap itu minta di tegur

tok janggut berkata...

Salam No Name,
Terima kasih atas pandangan anda. Cuba anda check dalam Quran apakah perempuan yang datang haid tidak suci. Haid sebenarnya bukan darah kotor. Cuba rujuk pada doktor. Dan puasa pada saya tidak ada kaitan dengan suci. Puasa adalah menahan diri kita daripada nafsu. Makan dan minum serta hubungan syahwat pada siang hari. Minta maaf jika berlainan pandangan.

Lupa niat pada malam hari pada saya tetap sah puasanya dan kita wajib berpuasa. Kita dah tahu bulan ramadan adalah untuk umat islam berpuasa, kita bangun zahur bertujuan untu berpuasa. Kalau setakat lupa nak lapaz niat itu bukan masalah, kita sudah pun berniat dalam diri kita. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Sekian.

Tanpa Nama berkata...

bukankah sebab perempuan itu tidak dapat sembahyang sebab dalam keaadaan tidak suci..ya darah haid tidak kotor tetapi tidak suci..samalah dengan air mani,air mani tidak kotor.terkena kain sembahyang pun dikira suci.tetapi bg mereka yg keluar mani dikira tidak suci yakni berada dalam keaadaan hadas besar.ya betul darah haid itu tidak kotor barangkali tetapi bagi tuan empunya itu beraDA dalam keadaan hadas besar bun.bukankah caranya same mensucikan dri bg yg keluar haid dan mani

ya betul Allah itu maha mengetahui..
persoalannya bagaimana pula bg mereka yg sembahyg tanpa niat atau keluarkan zakat tanpa akad.bukankah zakatnya itu menjadi sedekah sahaja.maka samalah konsepnya disini,puasa tetap kena puasa tetapi penilaian mungkin berbeza..tetapi ingat perli diganti..
sekadar mencari kebenaran

tok janggut berkata...

salam,
No name perlu tahu perbezaan antara lafaz niat dan niat. Apa yang kita lakukan sekarang ni ialah lafaz. Pada saya lafaz hanya untuk murid darjah satu.

Jangan samakan antara ibadat solat dengan ibadat puasa. Dua perkara yang berbeza.

Tanpa Nama berkata...

"Apa yang kita lakukan sekarang ni ialah lafaz. Pada saya lafaz hanya untuk murid darjah satu."-adakah kita disini termasuk dgn anda?



bg saya,sy dh cukup jelas ngn niat,lafas adalah sesuatu yg kita sebut yakni ada kedenganran bunyi.lafaz di sebut utk kita lebih mudah menetapkan niat itu..niat adalah satu pintasan di dalam hati bukan membaca di dalam hati,tetapi mengikut kepada manusia di zaman sekarang yg lemah dan lebih cenderung untuk melakukan kejahatan daripada kebaikan menyebabkan hati mereka kacau.untuk berniat yg sempurna adalah terlalu susah kerana terlalu byk anasir luar..jadi berniat di dalam hati yakni pintasan didalam hati delonggarkan kepada membaca di dalam hati.(sumber;ustaz sek dulu)..

seperkara lg adalah jauh bezanya niat antara
=aku nak berpuasa,dgn
=aku berpuasa esok..

abselutly,exacly betul solat itu lain,puasa itu lain.mengapa pula tidak dipertikaikan perempuan yg di dalam keadaan nifas yakni keluar darah nifas...
satu perkara lg untuk pengetahuan abang,darah bila berada dalam tubuh adalah bersih tetapi bila dh keluar dr tubuh ianya telah menjadi najis.abg pun dh jelas kn tentang perkara ini,buktinya ape,darah yg terkena kain adalah tidak boleh dipakai untuk sembahyang.kerana ape,kerana kain itu sudah tidak suci.mengapa?kerana darah itu tidak suci...kalau benar darah haid itu tidak kotor mengapa tidak dr menyarankan darah itu dikumpul dan didermakan saje..

sudah jelas sy katakan perempuan haid itu boleh 'berpuasa' kerana ianya menghormati bulan mulia bulan ramadhan.sesungguhnya Allah itu maha pemurah,sudah pastilah ada ganjarannya bg mereka yg bernuat demikian..

wassalam..

tok janggut berkata...

saya mengaku kalah ok, buat pengetahuan sedara cubalah lawat laman web http://www.e-bacaan.com/. Mungkin ia ada manfaatnya.

Tanpa Nama berkata...

abg jgn salah faham,tujuan sy bkn untuk menang..
perdebatan dan perbicangan itu satu jalan yg baik untuk penyelesaian..
kalau 4 imam besar kita pun mempunyai perbezaan pandangan sehingga adanya 4mazhab ini,inikan pula kita yg ilmu xsejengkal mane pun..

nice to talk with u
salam

tok janggut berkata...

Salam
Tak seronok bincang di sini, nanti banyak orang yang salah tafsir. Awak bagi email, kita berbincang dalam email. Lagi privacy ok. email saya, zukeriy@yahoo.com.

Klau saya kata 4 imam itulah yang telah mnyesatkan Islam tentu awak marahkan. Allah tak suruh kita ikut imam tu, yang dia suruh ikut ialah Quran.

nak bincang apa-apa lagi cuba layari http://www.tematajdid.com. Kita jumpa di sana.

Harap jumpa lagi.

Tanpa Nama berkata...

salam
xde la nk marah kan..
betul la tu kita x disuruh mengikut mereka..

Allah suruh kita mengikut Al-Quran hadis dan sunnah.Quran itu kitab,perlunya guru untuk tafsiran dan sebaik2 guru adalah nabi muhammad..

lepas kan ape yg terbuku d tanpa_nama74@yahoo.com