03 September 2008

Menghitung Hari

Salam semua,

Tanggal 16 September begitu dinanti-nantikan oleh semua lapisan rakyat, tak kira di bandar apatah lagi di kampung-kampung. Boleh dikatakan separuh daripada rakyat di Malaysia tak sabar menunggu detik tersebut. Mereka ingin melihat, berjayakah pemimpin idaman mereka, pemimpin pujaan mereka menakluki Putra Jaya.

Tercapai atau tidak hajat Datuk Sri Anwar Ibrahim(DSAI) pada 16 September nanti bukan isunya tapi yang penting yang perlu difikirkan dan direnungkan oleh para pemimpin BN ialah kenapa pembangkang berhajat sedemikian, kenapa pembangkang boleh jadi sekuat ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, parti BN mendapat tentangan sehebat ini.

Secara peribadi, saya berpendapat hajat DSAI untuk menakluki Putra Jaya pada 16 September 2008, tidak akan menjadi kenyataan. Tapi seperti kata YB Ibrahim Ali, DSAI mempunyai alasan yang tersendiri jika hajatnya tidak tercapai. Ibrahim Ali mendakwa dia lebih mengenali DSAI dan beliau tahu taktik DSAI. Yang pertama DSAI tak pernah menyatakan tahun bila. DSAI hanya menyebut 16 September. Jadi tarikh tersebut mungkin tahun ni, tahun depan atau mungkin selepas pilihanraya umum ke -13 nanti. Apa pun yang pasti, hajat DSAI ini sesuatu yang serius dan pembesar-pembesar UMNO harus juga melihat hajat DSAI sebagai sesuatu yang serius. Jangan anggap ini sebagai omongan kosong DSAI.

Sebenarnya hajat DSAI ialah sebagai simbolik di sebalik kakuatan pembangkang sekarang. Hakikat ini mesti diterima oleh BN terutaman UMNO yang begitu bangga dengan pencapaian UMNO selama 51 tahun mentadbir negara. Tetapi rakyat terbanyak menganggap sebaliknya. Buktinya, keputusan PRU12 yang lalu dan kemenangan DSAI di PP. Inilah jelmaan rakyat terbanyak dalam memprotes kepimpinan UMNO sekarang. Kenapa keadaan ini boleh berlaku selepas 51 tahun BN memerintah negara?

Berjaya atau tidak pada 16 September nanti tidak penting, yang penting ialah kenapa rakyat pada hari ini bangkit memberontak, menentang habis-habisan pentadbiran yang ditunjangi UMNO sekarang. Ini yang harus dikaji, diselidiki dan diperhalusi oleh pembesar-pembesar UMNO.

Pendapat ramai mengatakan kegagalan UMNO menangani kenaikan harga minyak dan barang-barang yang lain telah mengakibatkan masyarakat kampung telah tidak yakin lagi pada UMNO dan telah beralih arah kepada PR, disamping amalan rasuah yang berleluasa di kalangan pembesar-pembesar UMNO.

Walau pun rakyat tidak mempunyai bukti tentang amalan rasuah ini, tetapi rakyat tahu bahawa pembesar-pembesar UMNO memang mengamalkan rasuah dari yang sekecil-kecil kepada yang sebesar-besar. UMNO walaupun berat tapi kena terima hakikat bahawa amalan rasuah ini memang berlaku.

Kenapa amalan rasuah berlaku di kalangan pemimpin UMNO? Jawapannya ialah kerana UMNO adalah parti yang memerintah. Kalau PAS memerintah, kalau PKR memerintah, perkara yang sama juga akan berlaku. Tapi rakyat tak tahu yang itu. Yang rakyat tahu pemimpin UMNO mengamalkan rasuah. Inilah pendapat ramai.

Pendapat saya pula, pemimpin-pemimpin UMNO kini terutama YB-YB begitu sombong, angkuh dan berlagak kalau nak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang atau YB-YB pembangkang. Rakyat melihat perkara ini. Rakyat tak boleh buat apa-apa. Rakyat simpan dalam hati. Inilah yang diluahkan oleh masyarakat kampung kepada saya apabila saya pulang ke kampung sekali-sekala. Walaupun saya bukannya YB, saya bukannya pegawai kerajaan tetapi orang kampung tahu bahawa saya adalah lulusan U. Orang kampung percaya bahawa saya akan sampaikan perkara ini ke peringkat atasan, melalui kawan ataupun melalui tulisan. Sebab itulah luahan itu disampaikan kepada saya. Dan saya pula telah sampaikan kepada semua pembaca di blog ini dan kenalan-kenalan saya di U.

Jadi kepada pemimpin-pemimpin UMNO atau pembesar-pembesar UMNO fikir-fikirkanlah.

2 ulasan:

Cheguman berkata...

Kesombongan segelintir pemimpin UMNO terutama barisan pemudanya bagi saya adalah kenyataan yg saya sendiri pernah terima. Memang terguris hati dgn perlakuan sedemikian. Cuma, dalam kita membina negara, kematangan berpolitik itu amat penting. Semua pemimpin termasuk pembangkang perlu sedar tanggung jawab sebenar menjaga negara. Jangan dek kerana marahkan pepijat kelambu yg dibakar. Jangan dek kerana marahkan pemimpin, masa depan negara diperjudikan.

Bantulah PM kita membina negara.

Jika soal intergriti yg diisukan, ternyata PM telah melakukan sesuatu termasuk menubuhkan jabatan integriti di samping memperkasa BPR. Sekurang2nya beliau telah bermula sedangkan masih ramai yg sibuk menyalahkan org lain.

tok janggut berkata...

Salam demang lebar daun,

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Hanya meluahkan perasaan tentang mana-mana yang kurang.

Pandangan sedara sama seperti saya. Harap idea-idea kita dapat membantu memulihkan keadaan UMNO yang berada dalam kekalutan kini.