Salam kepada semua pembaca,
Saya tak tahu sama ada semua rakyat Malaysia sedar atau tidur, tahu atau tidak bahawa politik wang telah lama menular dalam politik kita. Setiap kali ada pemilihan ketua di peringkat bahagian, cawangan dan pusat mesti ada perwakilan yang membicarakan tentang politik wang. Mesti ada yang tak berpuas hati, ada yang kecewa dan ada yang merasakan gejala tersebut akan merosakkan parti.Pada saya parti tak rosak, yang rosak adalah orangnya.
Terbaru, Datuk Mukhriz Mahathir telah meluahkan rasa kecewanya tentang gejala politik wang yang berlaku dalam proses pemilihan di peringkat cawangan. Beliau dengan nada yang kecewa telah mengatakan bahawa peluang beliau untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bulan Disember nanti adalah tipis kerana tidak cukup pencalonan akibat amalan politik wang dan penyelewengan yang telah berlaku di peringkat cawangan. Kalau betul seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Mukhriz, nampaknya kita akan kehilangan pemimpin yang berwibawa pada pandangan sesetengah pihak. Atau mungkin juga luahan Datuk Mukhriz ini sebagai satu langkah untuk menarik sokongan ramai di peringkat cawangan. Semua boleh berlaku dalam politik.
Dalam situasi yang sama, Rafidah Aziz juga meluahkan isu yang sama iaitu politik wang. Soalnya adakah mereka ni baru menyedari tentang barah politik wang ini atau setelah kedudukan mereka tergugat, baru mereka menyedari yang politik hari ini diselubungi dengan politik wang.
Sebagai orang awam yang banyak bergaul, bercampur dan berkawan dengan orang poltik di peringkat bawahan, saya tidak merasakan ini sesuatu yang baru. Benda ni telah beranak pinak, bercucu malah bercicit ciut dalam politik kita. Kenapa keadaan ini berlaku? Kalau nak tahu tengoklah filem Melayu zaman dulu. Lihatlah siapa Sultan, siapa anak buahnya, apakah tugas anak buanya? Bagaimana pembesar-pembesar di setiap daerah mengekalkan kuasa mereka, siapakah di sekeliling pembesar-pembesar tersebut dan apakah tugas mereka ini?
Keadaan dalam filem melayu dulu sama, sebiji dengan politik kita sekarang. Bezanya dulu Sultan, sekarang PM atau MB.
Keadaan politik wang ini tak boleh dihapuskan lagi, mungkin boleh dikurangkan. Kenapa saya berkata demikian? Sebabnya ialah, jawatan dalam parti merupakan jawatan yang berprofil tinggi. Di situlah letaknya lombong kekayaan. Untuk mendapatkan lombong tersebut, mereka akan melakukan apa sahaja. Tak payah lama, empat tahun sudah cukup. Lepas tu mereka boleh bersara dan makan duit pencen.
Jadi kepada pemimpin atau bakal pemimpin, sediakanlah wang yang cukup untuk mendapatkan wang yang lebih cukup lagi. Sekiannnnnnn...
2 ulasan:
Salam TJ,
1. Itu sebab sebagai seorang muslim kita perlu sentiasa ingat 'MATI'.
2. Kebanyakan orang sanggup buat kemungkaran kerana mereka fikir mereka lambat lagi akan mati.
3. Jika mereka tahu bahawa 'esok' mereka akan mati, sudah tentu mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang keji itu.
4. Itu sebab kita disuruh menuntut ilmu. Ilmu yang disuruh oleh Tuhan ialah..."lagi tinggi ilmu yang dituntut lagi dekat diri kita dengan Tuhan".
5. Bukannya lagi tinggi sesuatu ilmu yang dipelari, maka semakin jauh dan semakin lupa diri kita pada Tuhan.
Salam sukj,
Bangga sangat kerana blog yang beberapa hari dibina dan hanya beberapa artikel yang sempat ditulis, tetapi saya telah didatangi seorang penulis yang sangat saya segani.
Saya telah lama mengikuti perkembangan tulisan awak. Terlalu jujur.Namun kejujuran sebegini amat sukar ditemui dalam politik hari ini sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.
Tertarik dengan kenyataan anda iaitu"
4. Itu sebab kita disuruh menuntut ilmu. Ilmu yang disuruh oleh Tuhan ialah..."lagi tinggi ilmu yang dituntut lagi dekat diri kita dengan Tuhan".
5. Bukannya lagi tinggi sesuatu ilmu yang dipelari, maka semakin jauh dan semakin lupa diri kita pada Tuhan".
kita sekarang telah banyak terjerumus ke dalam ajaran sesat, walaupun mereka ada yang bergelar ulama dan ada yang bergelar pemimpin. Sebab mereka tidak berpegang pada Quran.
Catat Ulasan