31 Julai 2008

Anwar Bertanding Di Permatang Pauh

Salam,

Tak perlu berteka-teki lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) sah bertanding di Permatang Pauh. Hari ini 31/7/08, Wan Azizah dengan rasminya telah meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya DSAI.

Saya dari awal-awal lagi telah mengagak bahawa kalau DSAI akan bertanding, beliau akan bertanding di Permatang Pauh. Desas-desus, angin kencang yang mengatakan beliau akan bertanding di Bandar Baru Kulim la, Bandar Tun Razak la, itu semua politik kedai kopi. Kenapa saya kata politik kedai kopi? Kerana:

-Pertama, beliau tidak yakin akan menang kalau bertanding di tempat lain. Beliau tak tahu sejauh mana pengundi di kawasan tersebut. Setakat datang dengar ceramah belum tentu "confirm" nak undi beliau.

-Kedua, hanya Wan Azizah sahaja yang sanggup melepaskan jawatan ahli parlimen. Orang lain mana sanggup, dah kerja keras bertahun-tahun. Takkan nak lepas begitu sahaja. Duit beb...duit. Lagipun Wan Azizah tak ada kredibiliti dan ketokohan nak memimpin satu-satu pertubuhan yang besar seperti PKR. Ia lebih kepada sokongan simpati sahaja(pandangan peribadi)

-Ketiga, PKR tak perlu kerja keras kalau bertanding di Permatang Pauh. Letaklah apa pun asalkan calon PKR mesti menang.Itu andaian PKR mungkin.

Tentang siapa yang akan melawan DSAI, saya rasa Ezam orang yang paling layak. Bukan nak merendahkan Firdaus, tapi Ezam dilihat lebih berpotensi untuk menang walaupun peratusnya agak kecil. Dalam hal ini, kita jangan lihat kepada berapa lama seseorang itu menyertai UMNO, atau semangat jati diri yang kurang, atau ingin menjaga hati mereka yang telah lama berjasa kepada parti(UMNO). Sekarang kita kena lihat siapa yang lebih berpengaruh, siapa yang lebih dipercayai, siapa ada kekuatan dan siapa yang disukai oleh pengundi. Kalau orang luar yang terpilih, saya harap janganlah ada ahli UMNO di Permatang Pauh berpaling tadah. Banyak kemungkinan akan berlaku, terutama ketika UMNO sibuk mengadakan perjumpaan untuk pemilihan ketua di peringkat cawangan dan bahagian.

Harap semua berjalan dengan lancar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anuar boleh bertanding di mana sahaja dia mahu. Semua ahli parlimen PKR sanggup berbuat apa sahaja untuk bosnya. Gaji setakat jadi akli parlimen tu apalah sangat berbanding jasa Anwar pada kami semua. Hidup Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Kawan, menurut Dr Novandri, Ezam tak ada dalam senarailah. Yang ada ialah:
1. Datuk Ahmad Saad

2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid

3. Datuk Arif Shah Omar Shah

4. Datuk Musa Sheikh Fadzir

5. Datuk Pirdaus Ismail
Ramai juga tu, tak tahulah siapa yang terpilih, minta-minta janganlah yang no.5 tu.

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang jangka, Anwar boleh dikalahkan jika rahsia beliau berjaya dibongkar. Maslahnya sapa yang nak bongkar rahsia dia kalau Ezam tak terpilih. Hanya ezam sahaja yang tahu. Entahlah.

Tanpa Nama berkata...

salam tok janggut,
ok juge tulisan tok janggut
tapi si ezam tu tu takut sebenarnya, dia tak berani jejak kaki ke kubu kuat PKR tu, kalau dia datang nescaya akan dikutuk sebagai pengkhianat dan harapan utk mennag menang tiada,

tahu tak siapa lawan anwar yg paling sesuai? ialah Dr Mahathir, hanya tok guru yg tahu apa kurang pd anak murid, dan ank murid kalau bijak tentunya sudah belajar hikmat sakti secara diam diam...heh he....barulah buku bertemu ruas...

tapi khairy takkan benarkan ini berlaku, maka PKR akan menang dgn mudah...

tok janggut berkata...

Salam akupun,
Terima kasih kerana sudi melayari laman tok janggut.Mungkin apa yang dikatakan oleh akupun ada kebenarannya. Masalah takut mungkin tak timbul dalam diri Ezam, sama seperti Shabery Chik dalam debat dulu, kerana mereka adalah junior Anwar.

Saya merasakan Anwar yang takut sebenarnya kerana memilih kubu kuatnya untuk bertanding, tidak seperti desas desus awal iaitu di Bandar Tun Razak atau Bandar Baru Kulim.