Salam semua,
Polemik penggunaan kereta Perdana bagi exco Terengganu belum lagi selesai. Exco Terengganu masih menggunakan Mercedes buat sementara waktu. Ini jelas kepada rakyat bahawa suara PM sudah tidak ada maknanya lagi. PM sudah tak ada taring. Betullah kalau ada yang mengatakan Kepimpinan PM sekarang memang lemah, tidak seperti Tun M dahulu. Sekali Tun M bersuara, semua menikus.
PM sudah memberi arahan supaya semua exco negeri mesti menggunakan kereta Perdana, tapi apa yang berlaku di Terengganu sebaliknya. Nampaknya MB Terengganu betul-betul cuba menongkah arus.
Selain itu, tindakan dua pembesar UMNO Terengganu yang mengatakan wartawan kita sekarang tak ada kelas, jelas telah memercikkan ludah ke muka sendiri. Kenapa tidaknya, sebelum ni asyik pembangkang sahaja yang mengatakan sedemikian, tetapi pemimpin kerajaan menafikannya. Tapi kini segalanya dah berubah apabila perkara yang sama terkena atas batang hidung sendiri, maka melentinglah dua pembesar UMNO Terengganu ini. Yang anehnya Menteri Penerangan tak komen apa-apa pulak pasal wartawan. Adakah sudah wujud Team A dan Team B di Terengganu?
Lagi satu, pembesar-pembesar UMNO Terengganu mengatakan duit yang bernilai RM3.43 juta untuk membeli 14 buah Mercedes terlalu kecil nilainya, jadi buat apa nak diperbesar-besarkan. Memang betul apa yang dikatakan oleh pembesar UMNO Terengganu itu, nilai RM3.43 juta memang terlalu kecil pada pembesar UMNO tapi nilai tersebut terlalu besar bagi rakyat Terengganu yang rata-ratanya miskin. Kalau tak caya pergilah buat soal-selidik, tanya semua rakyat Terengganu, adakah nilai RM 3.43 juta tu kecil nilainya.
Saya rasa pembesar UMNO Terengganu tu berseloroh tak kena masa. Sekarang ni zaman kalut, jangan pula kerana pulut santan binasa.
1 ulasan:
Inilah jenis pemimpin yang tak sedar diri. Bila terkena, nak salahkan orang lain pula. Terima sajalah, jangan nak kata wartawan bodoh ke apa ke...
Kalau wartawan bodoh, pemimpin UMNO Terengganu lagi bodoh kerana tak boleh terima soalan bodoh dari wartawan.
Catat Ulasan