06 Ogos 2008

Permatang Pauh Dan Pilihanraya Kecil.

Hari ini Pengerusi SPR , Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman telah mengumumkan bahawa tarikh pilihanraya kecil Permatang pauh akan diadakan pada 26 Ogos 2008 jika ada pertandingan. Manakala hari penamaan calon pula ialah pada 16 Ogos 2008( tak ada tarikh lain ker yang sesuai)

Saya percaya pada 16 Ogos nanti, pasti Pulau Pinang akan dipenuhi dengan manusia. Pulau Pinang akan didatangi manusia dari segenap pelusok negara. Pulau Pinang akan menjadi pesta pada hari tersebut. Tumpuan manusia ke Pulau Pinang pada hari itu kerana ingin menyaksikan proses penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh dan kerana ingin melihat anak-anak mereka menerima segulong ijazah sebagai bukti tamatnya pembelajaran mereka di Universiti Sains Malaysia.

Pada mulanya,saya juga berniat untuk ke Pulau Pinang pada hari itu kerana ingin menyaksikan salah seorang ahli keluarga menerima segulong ijazah. Tetapi setelah SPR mengumumkan tarikh penamaan calon juga pada hari yang sama, saya terpaksa berfikir dua, tiga kali untuk ke sana. Ini kerana sudah tentu jalan raya akan sesak gila. Entahlah, mungkin ini kebetulan yang disengajakan untuk menarik pelancong ke Pulau Pinang.

1 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PP dah jadi macam georgia.
yang berbeza itu perang politik malaysia sedangkan yang satu lagi perang sebenarnya antara russia dengan georgia.

Anwar suka buat kejutan. abe MIE takut dia sendiri terkejut beruk. Azizah dan Anwar dua manusia yang berbeza. masalah tak sama.