09 November 2009
Final Piala Malaysia 2009
Salam,
Walaupun aku dari Kelantan, tapi aku menulis di pihak yang bebas. Memang tepat seperti yang dijangka perlawanan akhir tahun ini merupakan perlawanan yang paling hebat. Hebat dalam semua aspek.
Ramalan pihak keselamatan juga tepat, tapi sayang pihak kawalan keselamatan tak mengotakan apa yang dikata. Penonton bebas membawa apa sahaja barang terlarang semasa masuk ke stadium walaupun sebelum tu pihak keselamatan telah memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana penonton yang membawa masuk bahan terlarang. Yang anehnya juga mercun ada dijual disekitar stadium.
Dari aspek suasana pada malam itu memang hebat. Tiga perempat daripada stadium dipenuhi oleh penyokong Kelantan yang memakai baju tradisi mereka yang berwarna merah, hanya satu perempat stadium sahaja dipenuhi oleh penyokong Negeri Sembilan. Pukul tujuh malam stadium telah penuh dengan penonton. Bukan sahaja setakat dipenuhi penonton, stadium juga dipenuhi dengan asap mercun yang dipasang oleh penyokong Kelantan yang fanatik dan tak bertanggungjawab. Pada malam tu seolah-olah berada di medan perang dan bukannya stadium. Bunyi dentuman mercun sungguh menggamatkan suasana.
Sorakan penonton dari kedua-dua pihak tidak henti-henti terutama dari kalangan penyokong Kelantan. Penyokong Kelantan hanya berhenti bersorak apabila Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol.
Dari aspek permainan pula, Negeri Sembilan bermain jauh lebih baik dari Kelantan dalam semua keadaan dan semua posisi. Pemain Kelantan kelihatan agak gugup, mungkin disebabkan tak ada pengalaman bermain di peringkat akhir. Kawalan bola yang agak longgar, hantaran yang tak tepat, stamina yang agak lemah membolehkan Negeri Sembilan menguasai permainan di semua posisi. Percaturan jurulatih juga agak kurang memuaskan hati penonton terutama dari segi pemilihan dan kedudukan pemain. Akibatnya Kelantan di belasah Negeri Sembilan dalam padang dengan 3 gol berbalas satu.
Kekecewaan penyokong ditunjukkan dengan cara membakar kain-kain rentang yang digantung, membakar mercun dan dilemparkan ke tengah padang, membakar tempat duduk dan bertindak keluar awal dari stadium untuk membuat persiapan lain pula.
Di luar stadium lain pula jadinya. Kalau di padang kelantan dibelasah oleh Negeri Sembilan, di luar penyokong Negeri Sembilan pula telah dibelasah oleh penyokong Kelantan yang kecewa dengan kekakalahan tersebut. Penyokong Negeri Sembilan yang tidak membuka bajunya akan dibelasah dengan hebatnya. Mujurlah pihak polis cepat bertindak. Kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi. Penyokong perempuan dan kanak-kanak Negeri Sembilan ada yang menangis kerana takut dengan gelagat penyokong Kelantan. Penyokong Kelantan juga ada yang dibelasah oleh polis.
Itulah antara drama-drama menarik yang berlaku pada malam perlawanan akhir tersebut. Pukul satu pagi, aku bertolak balik ke rumah adik aku di Subang. Bangga pun ada, malu pun ada jadi penyokong Kelantan. Bangga kerana melihat keberanian orang Kelantan. Malu pula kerana tindakan mereka yang melampau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Itulah Kelantan, kalau boleh semua nak menang. Langsung tak boleh menerima kekalahan. Bukankah bodoh membelasah penonton yang tak bersalah. Belajarlah menerima hakikat. Belajarlah jadi manusia. Jangan main nak belasah jer.
Aku rasa orang-orang Kelantan ni perlu diberi kaunseling, perlu diberi bimbingan supaya mereka ni taklah nampak sangat kekolotan mereka ni dalam kehidupan bermasyarakat.
Dahlah tak tahu datang dari ceruk mana, dari hulu mana tah, datang-datang nak belasah orang jer kerjanya.
Catat Ulasan