14 November 2009

Antara Lupa Atau Pura-Pura Lupa Dan Tak Ingat atau Pura-Pura Tak Ingat

Salam,

Dalam jangka masa 15 atau 16 tahun tak berjumpa, adakah kita boleh melupai orang yang begitu rapat dengan kita suatu waktu dahulu seperti guru-guru yang mengajar kita, murid-murid yang kita sayangi(kalau kita seorang guru), atau kawan-kawan seperjuangan(satu sekolah, satu Kolej ataupun satu universiti)? Mungkin ada antara kita yang terlupa dan mungkin juga ada yang tidak.

Pada aku, alhamdulillah, setakat ini aku tak pernah lupa atau pun tak ingat akan orang-orang yang begitu rapat dengan aku suatu waktu dahulu. Tapi apa yang aku sedih ialah ada antara mereka yang sudah tidak mengenali aku. Mereka sudah tidak mengenali atau mengingati kawan mereka yang bernama ......

Aku cuba berfikir, merenung, menganalisis untuk mencari jawapan disebalik tragedi ini. Kenapa ada antara mereka yang ingat pada kawan-kawan mereka dan ada yang tak ingat? Banyak jawapan yang aku ada. Namun tak semua jawapan yang aku ada ni boleh diterima oleh semua orang. Mungkin sebahagiannya boleh diterima dan sebahagiannya adalah imaginasi aku semata-mata. Alasan atau jawapan pertama ialah terlampau ramai sangat kawan. Semasa alam persekolahan katakan kita mempunyai 50 orang kawan, masuk alam kolej atau universiti pula kita tambah lagi 50 orang dan apabila kita masuk alam pekerjaan maka bertambah ramailah lagi kawan-kawan kita. Tambah-tambah bagi mereka yang suka bertukar kerja, lagi ramailah kawan-kawan mereka. Terlalu ramai kawan inilah puncanya yang menyebabkan kita terlupa atau tak mengingati lagi kawan satu sekolah.

Jawapan lain yang aku fikirkan ialah sikap sesetengah daripada kita yang kurang menitikberatkan soal persahabatan. Kita cuma berkawan pada masa dan waktu itu sahaja. Lepas pada waktu dan masa itu, kita sudah melupakan kawan-kawan tersebut. Ada juga antara kita yang bersikap begitu. Tapi tak ramai.

Kadang-kadang sifat ego dalam diri kita juga amat susah untuk dibuang. Apabila kita sudah berpangkat, sudah mempunyai rumah besar, kereta besar dan isteri pun besar maka mulalah kita melupai kawan-kawan atau orang-orang di bawah kita. Mungkin kita menganggap mereka itu sudah tidak setaraf dengan kita lagi. Nostalgia-nostalgia di rumah sewa, makan maggi sepinggan berkongsi, rokok sebatang juga kongsi bahkan tidur pun berkongsi katil dilupakan begitu sahaja. Sedih bukan... Tapi hakikat itulah yang terjadi.

Namun ada juga antara kita apabila berumah tangga, sudah mempunyai anak bini maka kawan-kawan mula diabaikan. Pada mereka kawan-kawan ni sudah tak penting lagi apatah lagi kawan-kawan zaman persekolahan dulu. Yang penting sekarang bagaimana nak mencari harta sebanyak mungkin untuk menjaga keharmonian keluarga iaitu anak bini.

Itu antara beberapa jawapan yang aku ada. Mungkin orang lain mempunyai jawapan yang lain pula.

Sebenarnya, mengapakah aku menulis tentang perkara ini? Sebabnya ialah selepas hampir 16 tahun terpisah dengan kawan sekolah dahulu, aku telah sedaya upaya mencari jalan untuk menghubungi mereka. Daripada beberapa orang kawan yang aku hubungi tersebut, ada antara mereka yang mengenali aku dan ada yang tak mengenali aku. Kadang-kadang sedih pun ada mendengar jawapan daripada mereka.

Kata orang tua-tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu maka lainlah pula sekarangnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang betul lah tu lain dulu lain sekarang...orang sekarang dah x suka atau dah x berminat untuk menjejaki rakan2 lama mahupun saudara mara..setakat xkenal rakan lama bole diterima tapi kalau seudara terdekat pun boleh xkenal.masalah namanya tu...sekarang xmacam zaman dulu,orang sekarang kerja pagi balik petang sepanjang tahun..orang dulu lain,keje pai sampai tghr,mungking petang keje lg.tu pun mungkin hanya 8bln dari 12bln..faktor tempat keje mungkin sama,org sekarang kerja di tempat yg jauh menyebabkan mereka malas nk berhubung dgn kwn2 jauh..dan tidak dinafikanlah sikap kita sendiri nak denagn x nak...

Tanpa Nama berkata...

Salam

Dulu lain sekarang lain, dulu tidak ada anti-hadis sekarang dah ada antihadis... persoalan anti-hadis di blog

http://doktrinisasi.blogspot.com