Boleh dikatakan setiap tahun daerah Kemaman di Terengganu dinaiki air pada musim tengkujuh. Antara laluan atau jalan utama yang selalu ditutup kepada semua kenderaan ialah jalan Chukai- Air Puteh. Tempat yang paling dalam ditenggelami air ialah kawasan pembinaan jambatan Sungai Pinang.
Tempat ini agak rendah dan merupakan laluan utama air ke sungai Kemaman. Sebab itu kawasan tersebut dibina jambatan supaya jalannya tinggi dan air boleh mengalir dengan cepat melalui jambatan tinggi tersebut. Malangnya, projek membina jambatan tersebut telah diberi kepada kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya sudah tiga tahun jambatan tersebut tergendala pembinaannya. Beginilah akibatnya apabila rasuah berleluasa dalam pemberian kontrak. Kontraktor atau pemaju yang tak sepatutnya mendapat projek tersebut telah berjaya memperoleh projek hasil rasuah.
Yang menghairankan, setelah tiga tahun projek tersebut dihentikan, YB yang baru langsung tidak mengambil apa-apa tindakan. Bukankah ini menyusahkan rakyat. Jalan ini merupakan laluan utama ke Air Puteh. Akibat daripada banjir tersebut penduduk yang menggunakan jalan ini terbatas pergerakannya kerana terpaksa menggunakan jalan alternatif yang sempit dan agak jauh. Inilah padahnya jika YB bukan dari kawasan tersebut.
Kepada penduduk DUN Air Puteh, saya menyarankan supaya pilihlah pemimpin yang betul dalam pilihanraya akan datang. Gunakanlah kuasa yang ada untuk membuat pilihan yang tepat tak semestinya pemimpin dari kalangan pembangkang tetapi pemimpin yang betul-betul prihatin tentang masalah rakyat dan kalau boleh biarlah pemimpin tersebut tinggal di kawasan tersebut. Barulah dia tahu keadaaan sekitarnya.
2 ulasan:
Banjir menyukarkan kehidupan mangsa. Yang malang sekali ialah usaha dan kuasa untuk mempastikan banjir tidak berulang ada ditangan orang/badan lain.
Penduduk hanya mampu memastikan masalah banjir adalah paling minima untuk diri dan keluarga.
Masalahnya org kampung senang dibeli. Tiapkali PRU, BN akan bagi2kan wang ihsan, kain pelikat, bantuan beras, sardin dan maggie atas nama bantuan fakir miskin. Mereka hanya npk itu jerlah...
bilalah mereka nak celik agaknyer..
Catat Ulasan