Salam semua,
Apabila tajuk di atas ditanya kepada semua, pasti mereka akan menjawab ya. Memang keadaan ini diakui sendiri oleh Prof Khoo Kay Kim, seorang profesor Cina yang begitu prihatin tentang hubungan bangsa di negara kita. Saya menghormati Prof. Khoo kerana beliau seorang yang tidak hipokrit dalam memberi kenyataan walaupun ia amat berat diterima oleh kepimpinan negara. Mungkin atas kesedaran inilah juga, kerajaan ingin mewujudkan sekolah wawasan yang bertujuan merapatkan kembali hubungan antara kaum di negara kita yang tercinta ini.
Teruk sangatkah hubungan antara kaum di negara kita ini? Prof. Khoo menyatakan bahawa zaman beliau belajar dahulu, pelajar Melayu dan bukan Melayu tidak kisah jika diletakkan dengan pasangan yang berbeza bangsa dalam satu bilik. Beliau sendiri tinggal dengan seorang yang berbangsa Melayu dalam satu bilik. Tak pernah ada masalah. Tapi sekarang kepimpinan Universiti mahu mengasingkan penempatan antara kaum. Alasannya jika ditempatkan dalam satu bilik yang sama akan timbul masalah jika pelajar tersebut mahu melakukan upacara keagamaan. Bolehkah diterima alasan itu?
Saya bernasib baik kerana dilahirkan di negeri yang pada sesetengah pihak menganggap negeri yang mundur, negeri yang miskin, negeri yang kotor dan sebagainya iaitu negeri Kelantan. Tetapi mungkin tak ramai yang tahu bahawa negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang unik. Unik dari segi nilai-nilai ketimuran yang masih segar, unik kerana masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang membentuk budaya bangsa dan unik dari segi hubungan antara kaum yang begitu erat sekali.
Mana ada negeri dimana masyarakat Cina bertutur dalam bahasa Melayu di rumahnya, mana ada negeri, masyarakat Cina menggunakan nama panggilan Melayu, mana ada negeri dimana hubungan antara Melayu dan Cina berkawan macam adik beradik, macam sedara mara. Jawabnya hanya di Kelantan. Kelantanlah satu-satunya negeri yang ada ciri-ciri di atas. Di Kelantan kalau nama Cinanya Ah San, orang Melayu memanggilnya dengan nama Hasan, kalau nama Cina Eh lee, orang Melayu akan memanggilnya dengan nama Ali. Hanya orang-orang Cina dari negeri Kelantan sahaja yang mejoritinya masih fasih berbahasa Melayu. Cina di Kelantan tak pernah lupa menghulurkan kuih bulan, buah limau mandrin, kuih bakul kepada kawan Melayu(walaupun jauh jaraknya) atau jiran Melayu mereka. Dan orang Melayu pula tak pernah tak ingat untuk menghulurkan ketupat tiga bucu, tapai dan nasi impit kepada jiran Cinanya atau kawan Cina mereka walaupun pada jarak yang jauh.
Paling saya tak boleh lupa ialah pada musim menuai, ramailah kawan-kawan Cina ayah datang ke rumah untuk mandapatkan beras baru. Orang Cina kata beras yang dihasilkan daripada padi yang baru dituai sangat sedap dimakan dan harum baunya. Sebab itu mereka tak akan lepaskan peluang itu setiap kali musim menuai.
Dan yang paling menyentuh hati saya ialah hutang ayah dengan seorang tauke ayam(Cina) sebanyak RM5000 sampai hari ini belum berbayar. Hutang tersebut disebabkan ayah ada buat projek pelihara ayam, ayah mengambil anak ayam di kedainya sebanyak 5000 ekor dengan harga RM5000(masa tu). Sekarang mungkin lebih. Tapi malang tak siapa yang tahu. Anak-anak ayam tersebut mati kerana penyakit. Bila ayah nak bayar hutang secara ansur-ansur, tauke Cina tu cakap,
"tak payah bayarlah, aku tahu mu tak dok pitih".
Terkedu hati saya apabila ayah menceritakan kisah itu kepada kami adik-beradik. Mengapa hubungan antara kaum di Kelantan begitu rapat sekali. Mengapa keadaan yang sama tak berlaku di negeri-negeri yang lain? Aadakah ini disebabkan oleh faktor kemajuan, bertambah majunya sesebuah negeri maka semakin longgarlah hubungan antara kaum?
Kalau semua kaum di Malaysia mempunyai hubungan seperti di Kelantan, alangkah baiknya, alangkah bertuahnya, alangkah amannya negara.

5 ulasan:
Terharu baca kisah saudara dgn rakan cina di Kelantan. Saya belum pernah ke kelantan. Satu pengakuan yg memalukan. Namun saya pernah bekerja dgn GPK Ko di Pahang yg merupakan seorang cina-kelantan. Kami sering terlupa bhw beliau bukan berbangsa Melayu. Saya juga pernah mempunyai rakan sekuliah cina-kelantan yg mukanya memang sebijik macam cina tapi bila berbual dan bergaul, budak meyu pun tak leh lawan.
Masalah perkauman di di negara kita bukan datang dari rakyat tetapi segelintir pemimpin yg tak menginsafi semangat perpaduan. Mereka ini leka bermain api...
Saya amat setuju Adnan diberi tanggungjawab memimpin Pemuda UMNO sekurang-kurangnya sementara suasana politik kembali stabil. Beliau pilihan terbaik.
Sdr Tok Janggut,
Saya tabik kepada kaum Cina dari Kelantan yang fasih bertutur dalam dialek Kelantan. Jika mendengar suara di radio, mungkin kita tidak tahu bahawa individu yang bercakap itu adalah orang Cina.
Memang di Kelantan tidak ada masalah perkauman yang ketara. Di zaman saya sekolah menengah saya ada team yang amat akrab. Di dalam team itu ada 2 orang Cina, 1 orang India dan 3 orang Melayu termasuk saya. Kami berkawan baik sehinggakan rumah kita adalah rumah kami semua. Soal makan, lepak dan games, semuanya kami lakukan bersama. Begitu juga makan, tiba tengahari di rumah Lau (Lah panggilan)kami makan tengahari di rumah Lau (emak dia masak). Jika malam berada di rumah Kumar (Omar panggilan) kami makan malam di rumah Kumar (emak dia masak. Kalau di rumah saya pun begitu juga. Emak saya layan mereka macam keluarga.
Salam Datuk,
Terkejut saya, blog saya telah disinggahi oleh Datuk Tiger. Memberi semangat kepada saya untuk terus menulis. Terima kasih Datuk.
Masalah ni dah timbul sejak kat IPT lagi..
Melayu tak bercampur dengan Cina dan India.. tu yang peliknya..
Saya berkawan...Ok je :-)
Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Catat Ulasan