Salam,
Mungkin lusa ataupun tulat kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kalau lusa raya, maka kita berpuasa 29 hari sahaja, kalau tulat raya, kita puasa 30 hari. Masih terngiang-ngiang kata-kata nenek masa penulis kecil dulu. Dia kata kalau kita puasa 29 hari, tak cukup mesti puasa 30 hari juga baru cukup sebulan. Tak tahulah betul ker tidak. Yang pastinya kini kegembiraan menyambut raya melebihi kegembiraan menunggu tibanya ramadan. Ini yang silapnya amalan umat kini.
Amalan berpuasa di bulan ramadan adalah amalan wajib bagi umat islam sedangkan amalan raya tidak. Sepatutnya kita gembira apabila tibanya ramadan. Kerana selain dapat berpuasa, kita juga dapat melakukan amalan yang lain. Tetapi sekarang, umat amat menunggu ketibaan 1 Syawal. 1 Syawal merupakan hari yang paling istimewa walaupun bagi mereka yang tak berpuasa. Untuk menyambut hari itu, umat sanggup berhabisan membeli apa yang patut seperti sofa baru, kereta baru, baju baru, dan pelbagai jenis juadah(maklumlah sebulan berpuasa). Perbuatan ini sebenarnya satu perbuatan yang membazir. Dan Allah telah kata "orang yang membazir ialah kawan syaitan". Jadi apakah hukumnya menyambut hari raya dengan cara begini?
Amalan lain yang begitu sinonim dengan hari raya ialah amalan memberi duit raya. Kalau dulu masa penulis kecil amalan memberi duit raya biasa saja, main hulur jer 10 sen, 20 sen seorang. Sekarang lain. Kerajaan telah menyediakan sampul khas sempena hari raya untuk memasukkan duit raya untuk diagih-agihkan kepada kanak-kanak yang datang beraya. Sesetengah pendapat mengatakan amalan ini salah kerana menyamai perayaan agama lain seperti pemberian "angpow" masa tahun baru Cina. Pendapat lain pula mengatakan sebaliknya. Pada penulis amalan ini tak salah. Ini juga merupakan salah satu cara kita bersedekah sebagaimana yang banyak diperkatakan dalam quran. Bagaimana kita nak bersedekah, terserah kepada kita selagi kita mampu. Dan bagi mereka yang tak mampu janganlah pula sampai berhutang hanya semata-mata nak bagi bagi duit raya pada kanak-kanak. Kalau tak buat macam tu nanti malu pada jiran-jiran. Ini salah.
Akhir sekali, janganlah menyambut hari raya dengan cara yang melampau, takut-takut ianya bertentangan dengan ajaran agama. Bersederhanalah dalam semua hal.
29 September 2008
23 September 2008
Pemberian Subsidi Kepada Petani
Salam,
Hari Jumaat lepas, saya, isteri dan dua orang anak balik ke kampung di Kelantan. Bukan ada apa-apa, saja balik kerana nak berbuka dengan keluarga. Bukannya jauh sangat, dalam empat jam sahaja sampai. Jarak yang sebegini bukan alasan untuk seorang anak malas balik menziarahi orang tua, tambah-tambah lagi pada bulan puasa. Seronok mereka dapat berbuka dengan anak cucu.
Biasalah apabila balik ke kampung ada sahaja yang dirungutkan oleh ayah. Kali ini beliau merungut tentang pemberian subsidi kepada para petani. Pemberian subsidi bukan tak bagus, bagus, tapi masih banyak yang perlu dikaji tentang cara pemberian subsidi tersebut. Pemberian subsidi sekarang menurut ayah telah membolehkan individu tertentu dan pegawai-pegawai yang terbabit mengaut keuntungan. Apa tidaknya, melalui pemberian subsidi baja padi, ada antara mereka yang tak mengusahakan sawah tapi telah mendaftar berpuluh-puluh ekar untuk mendapatkan baja. Baja-baja yang diperoleh akan dijual kepada mereka yang memerlukan.
Sebaliknya, penanam-penanam padi yang mengusahakan dalam jumlah yang banyak tak dibenarkan mendaftar dengan jumlah yang betul. Dengan kata lain kalau mereka menanam padi seluas 10 ekar, mereka hanya dibenarkan mendaftar 8 ekar sahaja. Tak tahu di mana silapnya. Banyak petani yang mengeluh. Tapi keluhan mereka tak sampai kepada pihak atasan.
Bagi mereka yang menanam tembikai pula, subsidi diberikan berdasarkan jumlah berat buah yang berjaya dijual. Masalahnya, ada petani(kawan, waris dan lain-lain) dengan pegawai telah berpakat untuk mendaftar dalam jumlah yang banyak. Maka banyaklah jumlah subsidi yang diperoleh. Bagi petani yang tak ada apa-apa hubungan dengan pegawai, masalah lain pula yang timbul. Apabila mereka mendaftar sebanyak 10 tan hasilnya. Pegawai terbabit bukan main susah untuk mempercayainya dan meminta untuk dikurangkan. Petani tersebut terpaksa akur. Kalau tidak mereka tak akan dapat apa-apa.
Inilah masalah yang dihadapi oleh petani. Bukan kita nak kata kerajaan tak perihatin terhadap masalah petani, kerajaan memang perihatin tapi kerajaan mesti memantau dan mengkaji cara pemberian subsidi tersebut supaya ia berjalan seperti yang dirancang.

05 September 2008
Apakah Hubungan Antara Kaum di Negara Ini Semakin Gawat?
Salam semua,
Apabila tajuk di atas ditanya kepada semua, pasti mereka akan menjawab ya. Memang keadaan ini diakui sendiri oleh Prof Khoo Kay Kim, seorang profesor Cina yang begitu prihatin tentang hubungan bangsa di negara kita. Saya menghormati Prof. Khoo kerana beliau seorang yang tidak hipokrit dalam memberi kenyataan walaupun ia amat berat diterima oleh kepimpinan negara. Mungkin atas kesedaran inilah juga, kerajaan ingin mewujudkan sekolah wawasan yang bertujuan merapatkan kembali hubungan antara kaum di negara kita yang tercinta ini.
Teruk sangatkah hubungan antara kaum di negara kita ini? Prof. Khoo menyatakan bahawa zaman beliau belajar dahulu, pelajar Melayu dan bukan Melayu tidak kisah jika diletakkan dengan pasangan yang berbeza bangsa dalam satu bilik. Beliau sendiri tinggal dengan seorang yang berbangsa Melayu dalam satu bilik. Tak pernah ada masalah. Tapi sekarang kepimpinan Universiti mahu mengasingkan penempatan antara kaum. Alasannya jika ditempatkan dalam satu bilik yang sama akan timbul masalah jika pelajar tersebut mahu melakukan upacara keagamaan. Bolehkah diterima alasan itu?
Saya bernasib baik kerana dilahirkan di negeri yang pada sesetengah pihak menganggap negeri yang mundur, negeri yang miskin, negeri yang kotor dan sebagainya iaitu negeri Kelantan. Tetapi mungkin tak ramai yang tahu bahawa negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang unik. Unik dari segi nilai-nilai ketimuran yang masih segar, unik kerana masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang membentuk budaya bangsa dan unik dari segi hubungan antara kaum yang begitu erat sekali.
Mana ada negeri dimana masyarakat Cina bertutur dalam bahasa Melayu di rumahnya, mana ada negeri, masyarakat Cina menggunakan nama panggilan Melayu, mana ada negeri dimana hubungan antara Melayu dan Cina berkawan macam adik beradik, macam sedara mara. Jawabnya hanya di Kelantan. Kelantanlah satu-satunya negeri yang ada ciri-ciri di atas. Di Kelantan kalau nama Cinanya Ah San, orang Melayu memanggilnya dengan nama Hasan, kalau nama Cina Eh lee, orang Melayu akan memanggilnya dengan nama Ali. Hanya orang-orang Cina dari negeri Kelantan sahaja yang mejoritinya masih fasih berbahasa Melayu. Cina di Kelantan tak pernah lupa menghulurkan kuih bulan, buah limau mandrin, kuih bakul kepada kawan Melayu(walaupun jauh jaraknya) atau jiran Melayu mereka. Dan orang Melayu pula tak pernah tak ingat untuk menghulurkan ketupat tiga bucu, tapai dan nasi impit kepada jiran Cinanya atau kawan Cina mereka walaupun pada jarak yang jauh.
Paling saya tak boleh lupa ialah pada musim menuai, ramailah kawan-kawan Cina ayah datang ke rumah untuk mandapatkan beras baru. Orang Cina kata beras yang dihasilkan daripada padi yang baru dituai sangat sedap dimakan dan harum baunya. Sebab itu mereka tak akan lepaskan peluang itu setiap kali musim menuai.
Dan yang paling menyentuh hati saya ialah hutang ayah dengan seorang tauke ayam(Cina) sebanyak RM5000 sampai hari ini belum berbayar. Hutang tersebut disebabkan ayah ada buat projek pelihara ayam, ayah mengambil anak ayam di kedainya sebanyak 5000 ekor dengan harga RM5000(masa tu). Sekarang mungkin lebih. Tapi malang tak siapa yang tahu. Anak-anak ayam tersebut mati kerana penyakit. Bila ayah nak bayar hutang secara ansur-ansur, tauke Cina tu cakap,
"tak payah bayarlah, aku tahu mu tak dok pitih".
Terkedu hati saya apabila ayah menceritakan kisah itu kepada kami adik-beradik. Mengapa hubungan antara kaum di Kelantan begitu rapat sekali. Mengapa keadaan yang sama tak berlaku di negeri-negeri yang lain? Aadakah ini disebabkan oleh faktor kemajuan, bertambah majunya sesebuah negeri maka semakin longgarlah hubungan antara kaum?
Kalau semua kaum di Malaysia mempunyai hubungan seperti di Kelantan, alangkah baiknya, alangkah bertuahnya, alangkah amannya negara.

04 September 2008
Antara Khairy, Mukhris dan Adnan...
Salam kepada semua pembaca,
Membaca surat khabar Utusan Malaysia hari ini, saya tertarik dengan artikel mengenai Adnan Yaakob yang mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. Tertarik bukan kerana saya menyokong Adnan, tertarik kerana sekurang-kurangnya ada orang lain yang sanggup berhadapan dengan Khairy dan Mukhris. Bukan saya benci dan tak suka pada Mukhris dan Khairy tapi masanya tak berapa sesuai pada pandangan saya.
Antara Khairy, Mukhris dan Adnan, sudah tentu saya memilih Adnan. Kenapa? Khairy seorang bijak tapi saya bimbang masyarakat akan memandang serong kepada beliau selaku menantu PM. Mukhris seorang yang lantang tapi kelantangannya dikatakan datang dari bapanya Tun. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada sesuatu yan tak diingini, lebih baik kita pilih yang tidak ada apa-apa kaitan dengan PM dan bekas PM.
Mungkin pandangan saya silap pada sesetengah orang. Namun itu adalah lumrah, setiap orang ada pandangan dan pilihannya sendiri. Saya akan tetap dengan pandangan saya, Khairy masih muda. Masa untuk Khairy naik masih panjang. Kalau kita betul-betul berkualiti, disayangi rakyat, kitak tak perlu takut. Masanya akan tiba nanti. Kelantangan Mukhris dalam membuat kritikan terbuka terhadap kerajaan membuatkan ramai yang berpandangan bahawa Mukhris telah menongkah arus. Bukan tak boleh kritik, bukan tak boleh menegur tapi ada caranya. Ikutlah cara yang betul. Jangan suka mengambil kesempatan ketika keadaan terdesak.
Jadilah pemimpin yang berjiwa rakyat. Tak ada rakyat, tak akan ada pemimpin.

Krisis Keyakinan Dalam UMNO.
Salam semua,
Selepas membaca kritikan Demag Lebar Daun dalam blog saya dan pengakuan Khairy Jamaludin(KJ) dalam agendadaily, saya merasakan kebenaran(apa yang dikatakan oleh Demamg Lebar Daun dan KJ) ini sudah meresapi ke seluruh jiwa rakyat jelata. Rakyat sekarang mengalami krisis keyakinan sama ada dalam kepimpinan pemuda mahu pun kepimpinan tertinggi parti.
Saya tak nak sentuh soal kepimpinan tertinggi parti, sebab saya merasakan kepimpinan tertinggi telah melakukan apa yang sewajarnya dilakukan. Sama ada ia diterima oleh rakyat atau tidak, terserahlah kepada rakyat semua. Pemikiran rakyat sekarang susah dibaca.
Cuma apa yang saya nak katakan di sini ialah adakah kepimpinan parti di peringkat bawahan telah melakukan yang sewajarnya untuk menarik semula keyakinan rakyat terhadap UMNO? Daripada pemerhatian saya sekarang, nampaknya pemimpin atasan sahaja yang beria-ia mahu menarik semula keyakinan rakyat terhadap UMNO, namun kepimpinan di peringkat negeri atau bawahan masih lena diulik mimpi, lena dengan kereta besar dan mewah, lena dengan beberapa orang pengawal apabila bergerak ke mana-mana. Langsung tidak ada apa-apa aktiviti bersama rakyat, langsung tak nampak muka wakil rakyat(YB).
Sempena bulan yang mulia ini, saya berseru kepada semua kepimpinan UMNO terutama di peringkat bawahan, buatlah sesuatu untuk menarik perhatian rakyat kepada anda semua. Ubatilah hati rakyat yang terluka sebelum ini. Tolonglah Pak Lah, bantulah Pak Lah dalam merealisasikan impiannya. Janganlah bebankan beliau dengan desakan dan tohmahan yang tak betul.

03 September 2008
Menghitung Hari
Salam semua,
Tanggal 16 September begitu dinanti-nantikan oleh semua lapisan rakyat, tak kira di bandar apatah lagi di kampung-kampung. Boleh dikatakan separuh daripada rakyat di Malaysia tak sabar menunggu detik tersebut. Mereka ingin melihat, berjayakah pemimpin idaman mereka, pemimpin pujaan mereka menakluki Putra Jaya.
Tercapai atau tidak hajat Datuk Sri Anwar Ibrahim(DSAI) pada 16 September nanti bukan isunya tapi yang penting yang perlu difikirkan dan direnungkan oleh para pemimpin BN ialah kenapa pembangkang berhajat sedemikian, kenapa pembangkang boleh jadi sekuat ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, parti BN mendapat tentangan sehebat ini.
Secara peribadi, saya berpendapat hajat DSAI untuk menakluki Putra Jaya pada 16 September 2008, tidak akan menjadi kenyataan. Tapi seperti kata YB Ibrahim Ali, DSAI mempunyai alasan yang tersendiri jika hajatnya tidak tercapai. Ibrahim Ali mendakwa dia lebih mengenali DSAI dan beliau tahu taktik DSAI. Yang pertama DSAI tak pernah menyatakan tahun bila. DSAI hanya menyebut 16 September. Jadi tarikh tersebut mungkin tahun ni, tahun depan atau mungkin selepas pilihanraya umum ke -13 nanti. Apa pun yang pasti, hajat DSAI ini sesuatu yang serius dan pembesar-pembesar UMNO harus juga melihat hajat DSAI sebagai sesuatu yang serius. Jangan anggap ini sebagai omongan kosong DSAI.
Sebenarnya hajat DSAI ialah sebagai simbolik di sebalik kakuatan pembangkang sekarang. Hakikat ini mesti diterima oleh BN terutaman UMNO yang begitu bangga dengan pencapaian UMNO selama 51 tahun mentadbir negara. Tetapi rakyat terbanyak menganggap sebaliknya. Buktinya, keputusan PRU12 yang lalu dan kemenangan DSAI di PP. Inilah jelmaan rakyat terbanyak dalam memprotes kepimpinan UMNO sekarang. Kenapa keadaan ini boleh berlaku selepas 51 tahun BN memerintah negara?
Berjaya atau tidak pada 16 September nanti tidak penting, yang penting ialah kenapa rakyat pada hari ini bangkit memberontak, menentang habis-habisan pentadbiran yang ditunjangi UMNO sekarang. Ini yang harus dikaji, diselidiki dan diperhalusi oleh pembesar-pembesar UMNO.
Pendapat ramai mengatakan kegagalan UMNO menangani kenaikan harga minyak dan barang-barang yang lain telah mengakibatkan masyarakat kampung telah tidak yakin lagi pada UMNO dan telah beralih arah kepada PR, disamping amalan rasuah yang berleluasa di kalangan pembesar-pembesar UMNO.
Walau pun rakyat tidak mempunyai bukti tentang amalan rasuah ini, tetapi rakyat tahu bahawa pembesar-pembesar UMNO memang mengamalkan rasuah dari yang sekecil-kecil kepada yang sebesar-besar. UMNO walaupun berat tapi kena terima hakikat bahawa amalan rasuah ini memang berlaku.
Kenapa amalan rasuah berlaku di kalangan pemimpin UMNO? Jawapannya ialah kerana UMNO adalah parti yang memerintah. Kalau PAS memerintah, kalau PKR memerintah, perkara yang sama juga akan berlaku. Tapi rakyat tak tahu yang itu. Yang rakyat tahu pemimpin UMNO mengamalkan rasuah. Inilah pendapat ramai.
Pendapat saya pula, pemimpin-pemimpin UMNO kini terutama YB-YB begitu sombong, angkuh dan berlagak kalau nak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang atau YB-YB pembangkang. Rakyat melihat perkara ini. Rakyat tak boleh buat apa-apa. Rakyat simpan dalam hati. Inilah yang diluahkan oleh masyarakat kampung kepada saya apabila saya pulang ke kampung sekali-sekala. Walaupun saya bukannya YB, saya bukannya pegawai kerajaan tetapi orang kampung tahu bahawa saya adalah lulusan U. Orang kampung percaya bahawa saya akan sampaikan perkara ini ke peringkat atasan, melalui kawan ataupun melalui tulisan. Sebab itulah luahan itu disampaikan kepada saya. Dan saya pula telah sampaikan kepada semua pembaca di blog ini dan kenalan-kenalan saya di U.
Jadi kepada pemimpin-pemimpin UMNO atau pembesar-pembesar UMNO fikir-fikirkanlah.

01 September 2008
Ramadhan Datang Lagi.
Salam,
Ramadhan datang lagi. Masyarakat kalut setiap kali ramadhan datang. Kalut pasal duit kurang, kalut pasal memilih lauk-pauk, kuih-muih apa yang nak dibeli untuk dibuat berbuka, kalut nak balik awal kerja, nak masak untuk juadah berbuka dan kalut lagi malamnya nak berterawih untuk dapatkan lebih pahala pada bulan yang mulia ini.
Kalau nak dikira, masyarakat kita hari telah banyak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar tentang puasa. Tak tahu nak percaya yang mana satu, tak tahu yang mana betul dan yang mana salah, tak tahu yang mana wajib yang mana sunat, yang mana makruh dan yang mana haram dilakukan pada bulan puasa. Dari sekecil-kecil kesalahan sehinggalah yang sebesar-besar kesalahan.
Sejak kecil kita dididik tak boleh buat itu dan ini pada bulan puasa nanti kurus puasa(kurang pahala puasa), nanti batal puasa. Betulkah ini semua yang diajar di sekolah dan diceritakan oleh tok lebai di madrasah dan masjid? Kita dilarang memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti mengorek hidung, mengorek telinga. Kita juga dilarang mandi pada waktu petang kerana akan mengurangkan pahala puasa.
Perkara yang lebih besar lagi ialah siapa yang diwajibkan berpuasa dan siapa yang boleh dikecualikan daripada puasa. Dalam Quran ayat 2:184, orang-orang yang dikecualikan daripada berpuasa ialah orang yang sakit dan dalam perjalanan sahaja(tapi mesti diganti pada hari lain atau memberi makan orang miskin). Tidak ada pun disebutkan perempuan dalam haid tak boleh puasa dan lain-lain sebab. Tapi kenapa hari ini terlalu banyak mereka yang dikecualikan daripada puasa seperti yang diajar oleh ulamak-ulamak. Mana satu yang betul?
Tentang masa berpuasa pula, apa yang kita amalkan hari ini bertentangan dengan apa yang diajar oleh Quran. Dalam Quran ayat 2:187 (Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam). Sekarang kita mula berpuasa pada waktu subuh dan berbuka pada waktu maghrib. Mana satu yang betul ni?
Sesungguhnya banyak perkara atau amalan yang kita lakukan hari ini banyak yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Ini sebahagian sahaja daripadanya. Sebab itulah kalau kita lihat sekarang di mana-mana sahaja umat Islam ditindas, dianaiya dan sebagainya. Seolah-olah ini merupakan pembalasan daripada Allah kerana menyeleweng daripada ajaran yang sebenarnya. Benarkah begitu?

Langgan:
Catatan (Atom)