24 Julai 2008

Perdana VS Mercedes

Salam,

Belum sampai setahun memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said telah membuat beberapa kejutan. Antaranya, beliau meminta royalti minyak dikembalikan kepada kerajaan negeri dan yang terbaru beliau telah membeli 14 buah mercedes untuk kegunaan exco negeri menggantikan kereta perdana. Alasannya kereta mercedes lebih jimat kosnya dalam jangka masa panjang. Kereta perdana selalu rosak dan kos penyelenggaraannya sangat tinggi, melebihi RM100,000 dalam masa empat tahun.

Daripada apa yang berlaku ini, saya boleh membuat beberapa andaian baik dan buruk. Dengan pembelian kereta mercedes ini, kerajaan negeri yang diterajui oleh Dato' Ahmad Said telah melanggar ketetapan yang dibuat supaya semua exco negeri, menteri, TPM dan PM sendiri dikehendaki menggunakan kereta perdana sebagai kenderaan rasmi. Kerajaan negeri seolah-olah telah mendedahkan keburukan kereta nasional yang menjadi kebanggan rakyat selama ini. Kos penyelenggaraan yang dinyatakan bagi saya terlalu tinggi, mungkin ada yang tak kena berlaku antara mekanik dan tuan punya kenderaan tersebut. Keadaan ini telah disahkan oleh pegawai BPR, dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Di sini, kita nampak apa-apa yang dikatakan oleh Dato' Ahmad Said tidak boleh diterima oleh akal dan melampau. Namun kenyataan ini telah disokong oleh beberapa orang menteri besar iaitu Menteri Besar Pahang dan Menteri Besar Kelantan. Jadi, apakah sepatutnya yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahmad said sebenarnya ada maksud lain kenapa beliau memainkan isu ini. Aku rasa ada dua sebab, pertama beliau nak merasa naik mercedes baru, kedua dia nak bongkar semua kejahatan Deris. Lepas ni Deris tak leh nak tunjuk belang lagilah kat dia.

Syabas Mat Said. Tapi anda harus berjaga-jaga. Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Anda juga mesti ingat, penggal berikut tak semestinya berpihak kepada anda lagi.So buatlah sesuatu untuk menguatkan tapak anda dalam politik Terengganu.