09 September 2009

Hari Raya: Sambutan Yang Melampau.

Salam,

Hari ini sudah 19 hari kita selaku umat Islam berpuasa. Tak terasa, begitu cepat masa berlalu. Tak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Hari raya yang dinanti-dinantikan oleh seluruh umat Islam.

Sekarang ni, di pasar-pasar raya, di kedai-kedai penuh sesak dengan manusia membeli-belah barang-barang keperluan raya. Lagu-lagu raya berkemundang di mana sahaja. Betapa meriahnya sambutan raya.

Sebenarnya bukannya sekarang tapi pada permulaan puasa lagi, umat sudahpun membuat apa sahaja yang patut untuk menyambut kedatangan 1 Syawal. Pelik bukan? Sepatutnya kita membuat persiapan untuk menyambut puasa kerana puasa yang diwajibkan oleh Allah bukannya raya. Tetapi umat kini telah terbalik. Yang diwajib dan disuruh oleh Allah dibuat ala kadar sahaja tetapi yang tak disuruh lebih-lebih pula kita menyambutnya. Dalam Quran, Allah tak menyuruhpun kita merayakan hari raya Aidil Fitri, begitu juga hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya sambutan perayaan ini hanya diadakan oleh kita sahaja selaku umat Islam.

Pada saya sambutan perayaan ini walaupun tak disuruh oleh Allah namun ianya tidak salah untuk kita meraikan sebagai tanda kemenangan kita melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan. Tetapi cukuplah sahaja dengan mengadakan jamuan makan kerana telah sebulan kita berpuasa. Kita ambil iktibar daripada Nabi Isa yang memohon makanan daripada Allah untuk sambutan perayaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan" (5:114)


Tetapi apabila kita menyambutnya dengan berlebihan dan kadang-kadang berlaku pembaziran yang nyata, maka sambutan itu pada saya salah sama sekali.

1 ulasan:

Jebon berkata...

Salam,

Raya dah habiss dah...

Apa kata jenguk blog sy pula...

http://doktrinisasi.blogspot.com

Salam...