Salamun Alaikum.
Memang diakui bahawa negara kita, negara Malaysia adalah sebuah negara Islam. Mejoriti rakyatnya beragama Islam, agama Islam adalah agama rasmi negara mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan. Namun masih ada sesetengah pihak yang tidak mahu mengiktiraf keadaan ini. Penting sangatkah pengiktirafan tersebut?
UMNO merupakan parti Melayu yang terbesar dan UMNO jugalah yang menerajui pemerintahan negara. UMNO dalam perjuangannya juga ingin memartabat dan mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan UMNO juga sama dengan PAS dalam memperjaungkan ISlam, namun usaha-usaha ke arah itu memang tidak dapat dinafikan.
Sebaliknya PAS yang merupakan parti pembangkang Melayu yang terbesar selalu menyalahkan UMNO dalam memartabatkan ISlam. Ada sahaja yang tak kena apabila UMNO cuba menerapkan nilai keislaman dalam pemerintahan negara. Masalahnya PAS sendiri masih dalam dilema dalam membentuk sebuah negara atau negeri ISlam. Di Kelantan imej keislamannya lebih kurang sama sahaja pada masa pemerintahan BN dulu juga. Sekarang masih berleluasa budaya-budaya yang bertentangan dengan Islam di Kelantan.
Islam siapa yang betul dalam soal ini? Islam yang diterapkan oleh UMNOkah atau Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS ataupun kedua-duanya berada di landasan yang tak betul? Marilah sama-sama kita fikirkan dan cari penyelesaian yang terbaik dalam soal ini. Marilah kita bertanya kenapa berlaku perpecahan dalam Islam di seluruh dunia, kenapa Islam tak pernah menang bila berlaku peperangan dan kenapa juga negara islam banyak yang menerima musibah daripada Tuhan.
Marilah sama-sama kita fikirkan. Jangan sesekali mudah menyalahkan dan mengatakan orang lain tak betul. Islam itu luas, Islam itu untuk semua, Islam itu patuh, Islam itu taat dan Islam itu percaya. Adakah Islam kita Islam?
3 ulasan:
Salam,
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada semua, individu, masyarakat mahupun kerajaan. Sebenarnya pada pendapat saya, Islam yang ada pada hari ini ialah Islam politik.
Kenapa? Sebabnya ialah Islam yang kita semua anuti kini ialah Islam yang dibawa oleh ulamak-ulamak yang rapat dengan pemerintah ataupun ulamak-ulamak yang berkuasa dalam politik(pemerintahan negara).
Kalau kita baca sejarah atau buku-buku falsafah dulu-dulu masih ramai ulamak-ulamak yang terbilang tetapi mereka dibunuh oleh pemerintah dan buku-buku catatannya semua dibakar supaya ajaranya tidak berkembang.
Perkara ini berlaku di mana-mana dan bukan pada satu-satu tempat sahaja.
Sejarah akan terus berulang dan berulang.Kristian tak salah, yang salahnya ulamak kristian, yahudi tak salah tapi ulamak yahudi yang salah, Islam tak salah tapi ulamak Islam yang salah.
Perkara yang sama akan terus berlaku dan berlaku sampai bila-bila.
Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Tuhan.
Salam,
Mungkin agaknya jawapannya ada didalam artikel terbaru sy di blog, http://doktrinisasi.blogspot.com
salam pada semua,
Islam yang betul ?
Mestilah islam yg diamalkan di Arab Saudi dan di Afghanistan.
Kan?
Takkan di Malaysia pulak.. perempuan kan bekerja di samping bukan muhrim di sini ? Bukankah ini non-islamic ?
Catat Ulasan