Salam,
Kalau Perak kecoh di dewanya, masing-masing nak tunjuk siapa yang berkuasa. Gelora itu juga menceritakan yang pakatan pembangkang bukanlah satu ikatan yang kukuh. Lain pula di Terengganu yang mana UMNO yang diterajui MB Mat Said telah berpecah kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama yang menyokong Mat Said dan kumpulan satu lagi dikatakan kumpulan yang masih setia kepada bekas MB iaitu Idris Jusuh.
Kenapa perkara ini berlaku di kala UMNO memerlukan sokongan yang padu daripada rakyat, di kala UMNO dalam proses rawatan akibat terhakisnya sokongan dan kepercayaan rakyat. Sepatutnya perkara ini tak harus berlaku. Berlakunya insiden ini telah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan juga telah menyokong tohmahan pembangkang terhadap UMNO yang mengatakan UMNO dipenuhi dengan rasuah, tamak kuasa dan tamak wang.
Sebagai orang yang tinggal di Pantai Timur, saya tak nampak apa-apa kelemahan Mat Said setakat ini dan kalau ada pun kelemahan, sepatutnya perkara ini harus diselesaikan secara aman. Kalau betul Mat Said tak bagus, tunggulah dulu. Sampai pilihan raya seterusnya, tukarlah yang lain. Janganlah nak tunjuk jantan yang tak kena pada tempat.
Harapan saya agar Hisyammudin dapat selesaikan masalah UMNO di Terengganu.
3 ulasan:
Salam,
Dalam politik pun berpecah, dalam kefahaman agama boleh ker berpecah???
Untuk mengetahui lebeh lanjut sila ke, http://doktrinisasi.blogspot.com/
Salam tok janggut...
Komen anda di artikel sy yg bertajuk "Apakah istilah Allah adalah eksklusif" telah didelete disebabkan perpindahan posting itu. Jika anda boleh atau tidak keberatan anda boleh membuat komen semula...
http://doktrinisasi.blogspot.com/
Sekian, terima kasih...
Catat Ulasan