10 Mei 2009

Apa Sebenarnya Pembangkang Mahu?

Salam,

Apa yang berlaku dalam gelora politik Perak menarik minat saya untuk mencoretkan sesuatu di sini. Perak sebelum ini dikuasai PR di mana MBnya dari PAS yang merupakan kerusi yang paling sedikit dalam Pakatan Rakyat.Apakah motif disebalik perlantikan wakil PAS sebagai MB? Hanya PR sahaja yang tahu atau lebih tepat lagi DAP sahaja yang tahu.

Nampak sangat, semasa pentadbiran PR, MBnya lebih mengutamakan masyarakat bukan Melayu walaupun beliau daripada bangsa Melayu. Nampak sangat yang MB Perak hanyalah sebagai boneka yang kuasa sebenarnya terletak di tangan DAP. Nampak sangat yang PAS tidak berkuasa langsung di Perak. Pun begitu sebagai rakyat, saya tak kisah sangat, mungkin ini satu kebetulan.

Tetapi selepas BN berjaya menguasai Kerajaan Perak akibat daripada 3 adun PR yang menjadi ahli bebas dan menyokong BN, nampak sangat yang wakil-wakil rakyat daripada pakatan pembangkang pun sama seperti wakil-wakil rakyat BN. Sifat tamak kuasa, tamak wang juga berleluasa dalam diri wakil-wakil rakyat pembangkang. Kalau mereka tidak tamak kuasa tidak tamak wang, kenapa harus berlaku kecoh dalam dewan, kenapa harus berlaku isu MB tak mahu serahkan kereta, isu MB tak mahu pindah daripada rumah dan isu MB masih mengaku MB walaupun telah tidak mendapat mejoriti dalam dewan. Kejadian atau insiden ini semua mengambarkan siapakah sebenarnya wakil-wakil rakyat pembangkang.

Saya keliru, khalayak juga keliru, apakah sebenarnya yang pembangkang mahu? Nampaknya betul seperti kata pensyarah saya dulu, politik itu ibarat sebutir mutiara yang letaknya di dalam lumpur. Siapa sahaja yang ingin mendapatkan mutiara itu haruslah bergelumang dengan lumpur.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara yang keliru tetapi rakyat Perak tidak keliru.Kalau saudara tidak mahu memahami, saudara akan terus keliru.

abdrahim kassim berkata...

Tok Janggut,
Tuan ada blog. Tuan boleh melayari blog-blog lain dan lihat vedio-vedio yang pamerkan.

Bebaskan minda tuan dari terikat. Lihat baik-baik dan buat kesimpulan siapa yang berlagak sebagai lanun dalam peristiwa 7 Mei itu.

tok janggut berkata...

Salam Tuan Rahim,

Dalam hal ini saya tak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi apa yang saya hairan ialah kenapa pembangkang masih tak mahu mengakui yang PR telah kalah di Perak. Keadaan ini menampakkan kepada saya yang PR juga tamak kuasa dan tamak wang seperti pembesar-pembesar UMNO.

Kalau betul kita islamik, sudah tentu kita tidak akan bertindak sedemikian.