15 November 2010

Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya

Salam,

Najib mempunyai banyak masa lagi untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke 13. Beliau tahu tarikh mana yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya tersebut, sudah tentu beliau akan memilih masa yang tepat untuk mengumumkannya. Apabila beliau merasakan BN betul-betul sudah diterima rakyat, barulah beliau akan mengumumkannya. Itu firasat saya.

Kata-kata ramai mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi. Alasanya BN sudah kuat. Buktinya BN telah menang di kedua-dua pilihan raya kecil di Galas dan batu Sapi Sabah. Betulkah BN sudah kuat, sudah boleh diterima oleh rakyat? Persoalan itu susah untuk dijawab. Pada pandangan saya, kemenangan dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi bukanlah satu alasan yang kukuh untuk kita mengandaikan BN sudah kuat, sudah diterima rakyat dan sudah berjaya menawan hati rakyat. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh BN untuk menarik semula kepercayaan rakyat yang telah pudar kepada BN.

Sebenarnya bukan tarikh bila pilihan raya umum ke 13 yang menjadi perhatian saya kali ini, tetapi isu yang saya nak ketengahkan di sini ialah adakah Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum kali ini? Dan kalau Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN dalam pilihan raya umum kali ini, adakah mereka mampu menjadi satu kerajaan yang lebih baik daripada Kerajaan BN yang ada sekarang ni? Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, Itu yang sepatutnya kita fikirkan. Kita tak mahu seperti kata pepatah, keluar mulut harimau masuk mulut buaya...

Kalau Pakatan Rakyat betul-betul ingin membenteras ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintahan BN seperti amalan rasuah, pembaziran, amalan kronisme seperti yang diwar-warkan dalam akhbar, kita sebagai rakyat yang prihatin rasanya patut memberi peluang ini kepada Pakatan Rakyat untuk membetulkan ketidakadilan dalam pemerintahan BN. Bagaimana caranya...? Sudah tentu dengan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

Pun begitu sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran yang waras, kita perlu berfikir dan berfikir dan terus berfikir untuk membuat satu-satu keputusan. Bukan apa, takut nanti apa yang kita putuskan nanti akan memakan diri kita sendiri. Untuk itu kita perlu melihat dan memerhati keadaan sekeliling yang boleh dijadikan panduan dan pedoman supaya kita tidak membuat satu keputusan yang silap.

Saya tahu, BN banyak membuat kesilapan dalam pemerintahannya. Ini membuatkan rakyat begitu marah dan kemarahan itu ditunjukkan dalam keputusan pilihan raya umum yang lepas. Tetapi adakah Pakatan Rakyat boleh memerintah lebih baik daripada BN? Kita boleh lihat sendiri cara pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Daripada cerita-cerita dalam blog dan akhbar-akhbar harian, kita dapati cara pemerintahan mereka pun lebih kurang sama dengan BN, banyak berlaku rasuah, penyelewengan sana-sini, ketidakpuasan pihak-pihak tertentu begitu berleluasa.

Yang terbaru ialah mengenai pembatalan keberangkatan Sultan Selangor menghadiri satu majlis jamuan kerana dikatakan kerajaan negeri boros dalam berbelanja. Artikel tersebut boleh dibaca di sini http://www.malaysiakini.com/news/148062.

Jadi sebagai rakyat kita hendaklah berhati-hati dalam membuat keputusan. Tidak salah untuk menukar satu-satu kerajaan, tetapi bimbang kalau kerajaan yang baru dipilih tersebut lebih rakus daripada kerajaan sedia ada.

Soalnya perlukan kita tumbangkan kerajaan yang sedia ada kini atau kita bertindak sahaja sebagai kumpulan pendesak. Mana-mana tindakan kerajaan yang dirasakan tidak betul, kita sebagai rakyat harus menyedarkan kerajaan dengan mengemukan cadangan yang lebih baik daripada apa yang dirancang oleh kerajaan. Saya rasa itu lebih baik. Apa pun keputusan terletak ditangan kita semua. Tunjukkanlah kepada semua bahawa sebagai rakyat, kita paling berkuasa dalam membuat apa-apa keputusan dalam pemerintahan demokrasi. Semoga kita semua dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan di dunia dn juga di akhirat.

14 November 2010

Banjir Oh Banjir...

Salam,

Tiba bulan November dan Disember, penduduk Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian dari negeri Johor akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, bim bang banjir akan melanda. Itu cerita dulu, cerita kini sudah berbeza. Sekarang boleh dikatakan semua negeri berada dalam keadaan berjaga-jaga bila tiba musim tengkujuh yang dulunya hanya melanda Pantai Timur.
Apabila banjir melanda, cerita sama, skrip sama akan berulang dan terus berulang. Saling menuduh, menyalahkan orang lain dan membetulkan pihak sendiri. Masing-masing nak tunjuk hero, masing-masing nak tunjukkan bakti dengan cara menyalahkan orang lain. Yang jadi mangsa penduduk yang dilanda banjir. Makankah mereka minumkah mereka, tidurkah mereka, rosakkan harta mereka...biarkan dulu. Yang penting kita tunjukkan yang kita ni juara rakyat.
Sedih aku melihat gelagat manusia yang sebegini. Sampai bilakah manusia akan menjadi manusia sebagaimana yang difitrahkan Allah sebagai Khalifah di muka bumi ini. Binatang pun tahu bersatu bila berada dalam keadaan kesusahan, tapi kita manusia yang dikurniakan Allah akal fikiran nampaknya telah membelakangkan Tuhan.

Di mana silapnya...?

03 November 2010

Kelantan: Persepsi Dan Pandangan Umum Masyarakat

Salamun Alaikum...

Apabila kita bercakap tentang negeri Kelantan terbayang di minda kita sebuah negeri yang miskin, kotor, masyarakatnya agak kolot dan masih lagi yang mengamalkan corak hidup tradisional, suka "bergocoh", panas baran (pongoh) dan sebagainya lagi perkara negatif telah dilabelkan kepada masyarakat Kelantan.

Pun begitu, Kelantan juga terkenal dengan jolokan negeri "Serambi Mekah". Tak tahu dari mana nama tersebut boleh muncul dan digelar sedemikian, mungkin juga disebabkan perwatakan orang-orang Kelantan yang suka pakai kain pelikat, baju Melayu dan kopiah bukan sahaja semasa hendak bersolat malah untuk ke mana-mana sekalipun. Ke pasar, ke kedai kopi dan ke mana sahaja, orang Kelantan nampaknya tidak kekok untuk mengenakan kain pelikat, baju Melayu lusuh dan kopiah lembik atas kepalanya. Adakah dengan berpakaian sebegini maka Kelantan diberi gelaran "Serambi Mekah" atau memang negeri Kelantan mempunyai ramai tokoh ulama?

Selain itu, masyarakat Kelantan juga terkenal dengan usaha gigih golongan wanitanya dalam bidang perniagaan. Kalau kita lihat dan berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, kita boleh melihat siapa dan golongan mana yang memonopoli bidang niaga ini. Bukan sahaja di Kelantan malah di kesemua negeri-negeri di Malaysia kita boleh jumpai dengan masyarakat wanita Kelantan berniaga terutamanya berniaga kedai makan atau restoran. Adakah dengan berbuat demikian, maka masyarakat Kelantan telah dianggap menyekat peluang-peluang penduduk tempatan untuk membuka bisnes mereka? Tak tahulah...
Bukan dalam bidang perniagaan sahaja bahkan di sektor kerajaan juga, banyak jawatan-jawatan besar telah domonopoli oleh orang Kelantan. Ini diakui sendiri oleh salah seorang pensyarah Sains Politik di UKM. Beliau mengatakan di negeri(Perak) beliau pun, banyak jawatan besar dalam sektor kerajaan dipegang oleh orang Kelantan pada masa tu. Mungkin ada betulnya...

Sama ada ini persepsi atau fakta, realitinya sedikit sebanyak masyarakat luar telah terpengaruh dan keadaan ini mungkin telah menyebabkan pemikiran masyarakat umum terhadap Kelantan menjadi "bias" dalam semua hal, tambah-tambah lagi Kelantan di perintah oleh parti pembangkang.

Dalam bidang sukan misalnya, penyokong Kelantan dikatakan penyebab kepada pergaduhan dalam satu-satu perlawanan sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak antara Kelantan dengan Selangor dan Kelantan dengan Negeri Sembilan pada tahun lepas. Tuduhan melulu ini dibuat tanpa usul periksa memandangkan pergaduhan ini melibatkan negeri Kelantan. Pada hal kalau sesiapa ke stadium, mereka akan mengetahui siapa sebenarnya yang memulakan provokasi ke arah pergaduhan tersebut. Tapi yang menerima akibatnya Kelantan. Sikit sahaja yang melibatkan Kelantan maka hebohlah satu Malaysia dicanang dalam akhbar harian. Namun begitu kalau melibatkan pasukan negeri lain, mereka(pihak pengurusan) seolah-olah menutup sebelah mata atau pun langsung tak melihatnya. Kejadian kenderaan (bas, kereta) penyokong Kelantan yang dipecahkan cermin dan dicalarkan catnya di Perlis langsung tak diambil peduli. Kejadian salah seorang pemain Selangor menghantukkan kepalanya kepada pemain Terengganu T Team langsung tak diendahkan.

Inilah nasib negeri Kelantan. Buat baik salah...buat jahat lagilah...

17 Oktober 2010

Mengapa Manusia Begitu Angkuh?

Salamun Alaikum...

Mengapakah manusia begitu angkuh kepada manusia yang lain? Tidak kah kita ini sama, maksud saya sama kejadianya. Dijadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini dengan penuh keamanan. Tapi kenapakah manusia begitu angkuh kepada manusia yang lain? Sedih mendengarnya.

Adakah kerana kita kaya...adakah kerana kita mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah....adakah kerana kita berkuasa...maka kita boleh bersikap angkuh dengan manusia yang lain? Menghina manusia lain, memaki-hamun manusia lain, merendah-rendah mereka dek kerana mereka tidak mengikut kemahuan kita, kerana mereka tidak mengenali siapa kita dan kerana mereka ini tidak setaraf dengan kita.

Inilah yang diluahkan oleh kawan-kawan aku yang bekerja sebagai pekerja buruh kontrak membina jalan. Mereka dimarah, mereka dimaki hamun oleh seseorang yang menganggap dirinya seorang yang hebat dan berpengaruh di situ.

Beginilah jadinya jika kita tidak mengetahui siapa kita dan untuk apa Tuhan menjadikan kita di muka bumi ini.

18 Julai 2010

Subsidi VS Pembaziran.

Salam,

Harga minyak lain lagi, harga gula naik lagi, harga tepung naik lagi. Alasanya nak mengurangkan pemberian subsini kepada rakyat. Alasannya lagi dapat menyelamatkan negara dari mengalami bangkrap. Dan alasan yang rutin ialah supaya rakyat tidak terlalu bergantung dengan pemberian subsidi kerajaan, dengan kata lain nakkan rakyat berdikari, berdiri di atas kaki sendiri. Katanya juga kenaikan harga barangan tersebut masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan harga barangan tersebut di negara-negara jiran.

Itulah antara alasan-alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menaikkan harga barangan tersebut. Sama ada boleh diterima alasan-alasan tersebut, mari kita sama-sama tengok. Untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi memang bagus, sebab banyak lagi pembangunan boleh dilakukan dengan duit subsidi tersebut. Cuma yang kita kurang setuju ialah, subsidi nak ditarik balik sedangkan dalam masa yang sama pembaziran berlaku di merata tempat. Pembaziran berlaku dalam dua aspek, satu dari segi perbelanjaan kepada yang tak sepatutnya dilakukan dan kedua pembaziran dalam bentuk rasuah atau imbuhan kepada satu-satu pihak yang terlalu banyak atau tinggi jumlah/nilainya. Ini yang merisaukan kita.

Betul ke barangan di negara kita masih antara yang terendah. Mungkin betul kalau dilihat daripada angka, minyak rm1.85 seliter, gula rm1.90 sekilo,nampak rendah kalau nak dibandingkan dengan negara jiran. Tapi sedarkah kita bagaimana dengan tangga gaji mereka, adakah sama dengan tangga gaji kita. Jawapannya tidak, di Singapura boleh dikatakan gajinya sekali ganda lebih tinggi daripada kita, kalau gaji guru di Malaysia rm2000, di Singapura gajinya Singapura Dollar 4000. Jadi fikirlah sendiri...

Rasa-rasa sayalah, langkah yang kerajaan buat tu tak berapa tepatlah. Itu pandangan peribadi saya jer.

03 Jun 2010

Ali, Ah Kow dan Ramasamy.

Salam,

Dalam tahun-tahun akhir 70-an, nama-nama seperti Ali, Ah Kow dan Ramasamy merupakan nama-nama popular yang terdapat dalam buku-buku bahasa Melayu. Manakala yang perempuan pula diberi nama Salmah, Ah Moi dan Kumari. Nama-nama ni sinonim dengan tiga bangsa utama yang mendominasi negara kita yang tercinta ini iaitu Melayu , Cina dan India.

Ketiga-tiga sahabat ini digambarkan dengan begitu akrab sekali walaupun mereka dari bangsa yang berbeza. Gambaran itu menunjukkan bahawa hubungan antara mereka secara realitinya memang begitu bukan dibuat-buat.

Namun apakah realiti tahun-tahun 70-an seperti yang digambarkan dalam buku bahasa Melayu itu kekal sehingga ke hari ini. Susah untuk kita merumuskan. Sebab Ali, Ah Kow dan Ramasamy masing-masing mempunyai agendanya yang tersendiri. Ali sudah tentunya nak menjaga kebajikan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit mereka dan begitulah juga dengan Ah Kow dan Ramasamy. Sudah tentu mereka bertiga ini akan melakukan sesuatu supaya anak cucu mereka akan terjamin kebajikannya pada masa depan. Dan adakah perlakuan mereka ini akan memecahbelahkan hubungan mereka yang begitu akrab suatu masa dahulu. Inilah yang terjadi sekarang.

06 April 2010

TAHUKAH ANDA? | DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Salam,

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo.
Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyeli...dikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing,menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

15 Mac 2010

Had Kelajuan di Lebuh raya Perlu Dinaikkan

Salam,

Malaysia merupaka sebuah negara yang amat baik sistem perhubungannya. Sistem jalan rayanya memang diakui antara yang terbaik di Asia Tenggara. Pembinaan lebuh raya yang menghubungi satu-satu negeri di Malaysia juga telah memberikan banyak kebaikan kepada pengguna. Pengguna akan sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat dan selamat dengan menggunakan lebuh raya berbanding jalan-jalan raya biasa walaupun tolnya agak membebankan sesetengah pihak.
Pada saya tol yang dikenakan tidaklah membebankan sangat berbanding perkhidmatan yang diberikan oleh pihak lebuh raya. Cuma apa yang saya kurang bersetuju ialah tentang had laju yang ditetapkan oleh kerajaan di lubuh raya. Saya rasa had laju 110 kilometer sejam sudah tidak releven lagi memandang sistem lebuh raya kita begitu baik sekali. Kereta kancil sekalipun apabila berada di lubuh raya akan melebihi had yang ditetapkan iaitu 110 kilometer sejam, apatah lagi kereta-kereta lain yang lebih tinggi kapasitinya berbanding kancil.

Pada saya kelajuan 130 kilometer sejam adalah lebih sesuai untuk semua kenderaan di lebuh raya. Alasan saya, kemalangan di lebuh raya jarang berlaku kalau nak dibandingkan dengan jalan-jalan biasa, lebuh raya kita juga antara yang terbaik, dan kenaikan had kelajuan ini juga dapat mengurangkan masalah saman trafik.

Menyentuh tentang saman trafik, seorang kawan saya yang hanya berkereta kancil telah mempunyai sebanyak 27 saman trafik kerana memandu melebihi had laju di lebuh raya. Cuba banyangkan kalau mereka yang mempunyai kereta yang lebih besar daripada kancil sudah tentu lagi banyak saman yang akan diperoleh mereka. Saya yang jarang-jarang menggunakan lebuh raya pun sudah memiliki 6 saman melebihi had laju.

Saya rasa amat mustahil untuk mematuhi had laju 110 kilometer sejam apabila berada di lebuh raya terutama Lebuh Raya Pantai Timur dari Jabor ke Kuala Lumpur, memandangkan jalannya yang baik dan kenderaan yang tak banyak.

Saya rasa pihak tertentu patut mengambil inisiatif atas apa yang saya perkatakan ini.

10 Februari 2010

Sekadar Renungan

Salam,

Lama benar dah rasanya tak menulis di laman ni. Nak kata sibuk tak juga, nak kata malas tak juga. Sebenarnya aku banyak melayari blog-blog yang bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Seronok juga membaca pandangan dan pendapat mereka dalam sesuatu isu. Persoalan yang timbul di kepala aku ialah kenapa wujudnya keadaan yang sebegini, masing-masing nak memberi pendapat yang terbaik, masing-masing nak membetulkan keadaan yang dirasakan tak betul. Adakah sistem yang kita ada sekarang terlalu teruk, sudah tidak dapat membendung permasalahan yang timbul.

Kalau nak diikutkan, kita sudah ada agama yang betul iaitu ISLAM, kita sudah ada sistem pentadbiran yang terbaik iaitu sistem yang ditentukan oleh rakyat melalui proses demokrasi, kita sudah ada sistem perundangan yang telus dalam memutuskan siapa salah dan siapa betul, kita sudah ada pasukan polis yang boleh dianggap bertaraf dunia dalam membenteras kejadian jenayah dan kita juga sudah memiliki sistem ekonomi yang betul di mana semua orang boleh melakukan urusan ekonomi dengan baik asalkan ianya tidak bertentangan dengan undang-undang yang ditetapkan.

Apakah ini semua tidak cukup untuk membentuk kita semua menjadi insan yang terbaik?

Beberapa minggu lepas, aku ada pergi menziarahi kawan-kawan di Kuala Lumpur. Sempat juga berjumpa dengan bekas pensyarah aku dulu. Sekarang ni, beliau banyak memberikan motivasi kepada orang-orang politik. Terkejut juga melihatkan susuk tubuhnya yang agak kurus, cengkung... seperti orang yang tak makan. Tapi rokok tak lepas dari mulut.

Aku sempat juga bertanya tentang politik negara sekarang. Nak tahu apa jawapanya? "Letih...meletihkan, saya dah penat sekarang, tak tahu apa lagi nak buat. Minggu depan nak ke Terengganu... nak jumpa pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu... Huuuu tak tahulah," Itulah yang dikeluhkan oleh kawan aku tu.

Aku boleh agak, politik kita sekarang memang tenat. Dan aku juga boleh mengagak kenapa kawan aku tu begitu cengkung seperti orang yang tidak terurus.

Inilah politik kita sekarang...

Dalam bidang keagamaan pula, semua pihak mendakwa merekalah yang betul. Islam mengatakan dia yang betul, Kristian pula kata mereka juga agama Tuhan, sudah tentu mereka juga betul. Tak tahulah apa kata Budha dan Hindu, sudah tentu mereka juga betul. Kalau semua betul kenapa kita masih lagi huru-hara dalam menjalani kehidupan seharian?

Aku tidak mahu menyentuh tentang agama lain. Apa yang aku nak katakan di sini ialah perpecahan dalam agama Islam. Sebenarnya sudah lama perkara ni berlaku. Kita lakukan apa yang disuruh tetapi dalam masa yang sama kita melakukan juga perkara yang dilarang. Kita solat tapi kita juga makan rasuah, kita solat tapi kita buat itu dan ini yang bertentangan dengan ajaran agama, sedangkan Tuhan kata solat itu dapat menghindari kita daripada melakukan kejahatan. Adakah Tuhan tersalah cakap dalam hal ni? Sudah tentu tidak... sebenarnya kita yang salah... kita yang silap.

Dalam saya mencari jawapan kepada permasalahan ini, banyak pula terjumpa dengan blog-blog yang menganjurkan agama yang berpandukan al kitab iaitu QURAN. Ternyata pandangan mereka, pendapat mereka, hujah mereka agak berbeda dengan pandangan ulama-ulama masa kini. Terasa semacam ada keindahan, kemurnian, keluhuran dan segala kebaikan dalam penghujahan mereka.

Aku harap segala yang baik nanti akan dapat menghapuskan segala yang tidak baik. Kita boleh menilainya kerana kita diberikan akal yang terbaik oleh Tuhan.

04 Januari 2010

Peraturan Baru Di Hospital

Salam,

Hari Sabtu lepas aku dan famili pergi ke Hospital Kemaman untuk melawat jiran sekampung yang terlantar di wad kerana melakukan pembedahan lutut. Hasil dari pembedahan tersebut, lututnya semakin baik dan boleh berdiri. Begitulah, dengan kemudahan teknologi yang ada, kaki yang tak boleh bergerak pun boleh bergerak semula. Namun bukan itu sebenarnya yang aku nak sentuh di sini. Apa yang aku nak katakan di sini ialah peraturan baru yang dikenakan oleh pihak hospital kepada pelawat-pelawat. Sejak penularan H1N1, pelawat kanak-kanak tidak dibenarkan lagi memasuki wad pesakit. Ia bertujuan untuk mengelakkan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak. Sebagaiamana yang kita maklum, kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit berjangkit kerana di dalam badannya masih kurang vaksin untuk menahan penyakit daripada merebak. Memang bagus peraturan tersebut.

Tetapi, dalam bagus pun ada juga yang tak bagusnya. Bagi mereka yang tak tahu dengan peraturan ni masih lagi membawa anak-anak ke hospital untuk melawat pesakit. Akibatnya anak-anak yang masih kecil terpaksa ditinggalkan di luar tanpa pengawasan daripada orang tua. Banyak risikonya kan? Kita boleh bayangkan keadaan ini.

Aku juga tidak terlepas daripada peraturan baru ini. Tetapi aku bernasib baik kerana kami pergi ramai dan proses penjagaan kanak-kanak di luar wad bertukar ganti. Bagi mereka yang tidak ada penjaga terpaksa meninggalkan anak-anak di luar tanpa pengawasan. Ada yang menangis, ada yang melompat sana sini, dah jadi seperti taman kanak-kanaklah pulak. Kumungkinan untuk berlaku kejadian jenayah juga tidak mustahil dalam keadaan tanpa pengawasan tersebut.

Aku harap pihak hospital mengambil berat akan hal ini.