18 Julai 2010

Subsidi VS Pembaziran.

Salam,

Harga minyak lain lagi, harga gula naik lagi, harga tepung naik lagi. Alasanya nak mengurangkan pemberian subsini kepada rakyat. Alasannya lagi dapat menyelamatkan negara dari mengalami bangkrap. Dan alasan yang rutin ialah supaya rakyat tidak terlalu bergantung dengan pemberian subsidi kerajaan, dengan kata lain nakkan rakyat berdikari, berdiri di atas kaki sendiri. Katanya juga kenaikan harga barangan tersebut masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan harga barangan tersebut di negara-negara jiran.

Itulah antara alasan-alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menaikkan harga barangan tersebut. Sama ada boleh diterima alasan-alasan tersebut, mari kita sama-sama tengok. Untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi memang bagus, sebab banyak lagi pembangunan boleh dilakukan dengan duit subsidi tersebut. Cuma yang kita kurang setuju ialah, subsidi nak ditarik balik sedangkan dalam masa yang sama pembaziran berlaku di merata tempat. Pembaziran berlaku dalam dua aspek, satu dari segi perbelanjaan kepada yang tak sepatutnya dilakukan dan kedua pembaziran dalam bentuk rasuah atau imbuhan kepada satu-satu pihak yang terlalu banyak atau tinggi jumlah/nilainya. Ini yang merisaukan kita.

Betul ke barangan di negara kita masih antara yang terendah. Mungkin betul kalau dilihat daripada angka, minyak rm1.85 seliter, gula rm1.90 sekilo,nampak rendah kalau nak dibandingkan dengan negara jiran. Tapi sedarkah kita bagaimana dengan tangga gaji mereka, adakah sama dengan tangga gaji kita. Jawapannya tidak, di Singapura boleh dikatakan gajinya sekali ganda lebih tinggi daripada kita, kalau gaji guru di Malaysia rm2000, di Singapura gajinya Singapura Dollar 4000. Jadi fikirlah sendiri...

Rasa-rasa sayalah, langkah yang kerajaan buat tu tak berapa tepatlah. Itu pandangan peribadi saya jer.

3 ulasan:

Pro berkata...

Salamun Alaikum,

Semoga sahabat di sibghahkan Allah dengan kesihatan yang mantap. Apakah Tok janggut ini adalah tok janggut yang selalu berdiskusi dengan saya dalam forum-forum tertentu?

Boleh dapatkan e-mail atau TJ boleh e-mail kan sesuatu

Pro berkata...

Opppss..

akaun saya ialah proquran@gmail.com

proquran berkata...

Sla tagkan saya di FB