14 November 2010

Banjir Oh Banjir...

Salam,

Tiba bulan November dan Disember, penduduk Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian dari negeri Johor akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, bim bang banjir akan melanda. Itu cerita dulu, cerita kini sudah berbeza. Sekarang boleh dikatakan semua negeri berada dalam keadaan berjaga-jaga bila tiba musim tengkujuh yang dulunya hanya melanda Pantai Timur.
Apabila banjir melanda, cerita sama, skrip sama akan berulang dan terus berulang. Saling menuduh, menyalahkan orang lain dan membetulkan pihak sendiri. Masing-masing nak tunjuk hero, masing-masing nak tunjukkan bakti dengan cara menyalahkan orang lain. Yang jadi mangsa penduduk yang dilanda banjir. Makankah mereka minumkah mereka, tidurkah mereka, rosakkan harta mereka...biarkan dulu. Yang penting kita tunjukkan yang kita ni juara rakyat.
Sedih aku melihat gelagat manusia yang sebegini. Sampai bilakah manusia akan menjadi manusia sebagaimana yang difitrahkan Allah sebagai Khalifah di muka bumi ini. Binatang pun tahu bersatu bila berada dalam keadaan kesusahan, tapi kita manusia yang dikurniakan Allah akal fikiran nampaknya telah membelakangkan Tuhan.

Di mana silapnya...?

Tiada ulasan: