12 Disember 2009

Arabisasi Atau Islamisasi?

Salam,

Pagi ini saya buka blog doktrinisasi dan baca artikelnya yang bertajuk "Arabisasi Atau Islamisasi". Bagus tulisannya. Saya ambil dan pastekan di blog saya agar semua dapat membacanya. Artikel ini boleh dibaca di http://doktrinisasi.blogspot.com/2009/10/arabisasi-ataupun-islamisasi.html atau baca saja di bawah.

Kitab-kitab serta fatwa-fatwa keagamaan dari Arab-Timur Tengah sering kali menjadi kiblat dan rujukan kebanyakan orang-orang yang mengaku Islam, mereka mentaklid pendapat-pendapat yang datang dari sana, tetapi wacana-wacana keagamaan yang dikreasikan oleh para ilmuwan 'ajam (non Arab) agak sukar untuk memasuki percaturan intelektual di dunia Islam. Perkara ini mungkin kerana ada yang mengidentikkan diantara Islam dan Arab. Pemahaman demikian secara tidak langsung telah menjadikan kita kultus kepada agama orang Arab. Sedangkan persoalan adakah orang-orang Arab itu benar-benar memahami kitab Allah, telah dijawab oleh al-Quran itu sendiri.

Terjemahan al-Quran ayat (Q9:97) "Orang-orang Arab itu paling keras dalam keingkaran, dan munafiknya, dan lebih wajar mereka tidak mengetahui batas-batas yang Allah menurunkan kepada RasulNya; dan Allah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."

Sebenarnya Islam di Malaysia dibawa pedagang India dan Arab datang ke tanah Melayu dahulu dengan fahaman mazhab-mazhab mereka. Oleh itu orang Melayu hanya menumpang sahaja mazhab-mazhab dari orang Arab dan tiada kaitan langsung dengan sejarah perjuangan mazhab-mazhab dari Arab. Orang Melayu di Satu Malaysia hanya menerima apa yang kita faham mengenai Islam. Tetapi sekarang ini nampaknya kebanyakan orang Melayu begitu taksub dengan mazhab-mazhab orang Arab, mengagung agungkan budaya Arab kononnya kerana Islam.

Islam bukan agama khusus hanya untuk orang Arab sahaja, walaupun al-Quran berbahasa Arab, tetapi tafsirannya tidak semestinya menurut konteks orang Arab. Al-Quran memang diturunkan dalam bahasa Arab, itu penulis tidak nafikan dan menganggapnya sebagai ketentuan Tuhan, dimana al-Quran diturunkan kepada Nabi yang berbangsa Arab adalah kehendak Tuhan, sebab kenapa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab hanya Tuhan lebih mengetahui. Tetapi agama orang Arab adalah tafsiran al-Quran dari orang Arab, bukan dari tafsiran al-Quran orang Melayu atau konteks tanah Melayu. Wallahu'Alam.

1 ulasan:

Ihya-Ulumiddin berkata...

wahai saudara berhati-hati dengan ayat yg telah saudara post. Sy tertarik bahawa saudara dari sekolah Menengah Tok Janggut, hebat nama tuh tp jgn bawa semangat dia tp lupa pesan dia.

Tak ade siapa pun yg taksub dengan mazhab mane2. dan bukan arab itu sendiri yg pandai2 buat mazhab.

sebelum kita bleh berbincang pnjang (kalu diberi peluang) adakah kamu sendiri tahu siapakah Imam Mahzab ini? tetang 4 mazhab terbesar ini asal mereka dari mana? org arab ke?

Imam Ahmad lahir di Madinah.
Imam Syafie di Gaza
Imam Abu Hanifah di Kufah
Imam Ahmad di Utara Iraq

*smua ini arab "Badwi"?

Berlajarlah dengan guru betul jgn terburu-buru menilai tulisan org sebelum memahami niat tersirat penulis itu. Nauzubillah.

sebelum sy akhiri sila baca potongan ayat Quran ini:
" Di antara orang-orang Arab (Badwi) itu ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah) itu, sebagai jalan untuk mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh doa Rasul. ...." (surah Al-Taubah 9:99)

InsyaAllah kita berjmpa lagi.