Salam,
Ada tiga perkara utama yang harus dibincangkan apabila kita menyebut tentang kepentingan Bahasa Inggeris. Pertama, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Kedua,Bahasa Inggeris wajib lulus dalam peperiksaan SPM(Sijil Pelajaran Malaysia)dan ketiga ialah Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Tidak dapat tidak, ketiga-tiga perkara di atas mesti dibincang dan seeloknya-eloknya dilaksanakan terus terutama di peringkat sekolah menengah. Saya pasti ramai yang tak setuju, ramai yang marah, ramai yang memberontak memarahi kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran, jika salah satu daripada tiga perkara di atas dilaksanakan di sekolah. Bukan sahaja orang Melayu, malah orang Cina dan India juga tidak setuju dengan pelaksanaan salah satu daripada 3 perkara tersebut.
Orang Cina dan India tak setuju kerana bimbang bahasa Ibunda mereka akan terhakis dan mungkin juga mereka tak mahu bangsa Melayu mahir berbahasa Inggeris. Orang Melayu pula tak setuju kerana bimbang penggunaan bahasa Melayu akan lenyap dan keputusan pelajaran akan merosot, maklumlah orang Melayu paling lemah dalam bahasa Inggeris.
Apa pun secara peribadi, saya setuju jika kementerian ingin melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains, lagi setuju jika mata pelajaran bahasa Inggeris wajib lulus dalam SPM dan sangat setuju jika bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah menengah.
Kenapa saya bersetuju? Inilah saja cara nak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan orang Melayu terutamanya yang tinggal jauh di pedalaman di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tidak ada cara lain, inilah sahaja caranya. Saya tak nak lagi peristiwa yang menimpa saya akan menimpa anak-anak saya nanti.
Saya berasal dari sebuah kampung yang agak terpencil di Kelantan. Namun begitu pelajaran saya agak baik. Boleh dikatakan semua mata pelajaran, saya memperoleh markah yang tinggi, 80% keatas, kecuali bahasa Inggeris. Bukan sahaja saya, malah kawan-kawan saya mengalami nasib yang sama. Dari darjah 1 hingga tingkatan 6, saya tak pernah lulus bahasa Inggeris kerana menganggap tidak penting dan tak perlu.
Apabila saya memasuki UKM selama 4 tahun, saya masih teragak-agak membaca teks berbahasa Inggeris, memahaminya amat susah sekali. Namun begitu saya berjaya juga lulus dengan cemerlang kerana UKM kurang mementingkan bahasa Inggeris.
Keluar dari UKM, barulah saya sedar betapa pentingnya bahasa Inggeris setelah berkali-kali saya gagal untuk mendapatkan kerja. Akhirnya saya mendapat kerja di Brunei sebagai guru.
Di Brunei saya hanya mengajar subjek bahasa Melayu, jawi dan pendidikan moral(MIB) kerana subjek itu sahaja yang diajar dalam bahasa Melayu. Subjek lain semuanya diajar dalam bahasa Inggeris. Rupanya sekolah di Brunei menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Semasa mesyuarat diadakan, saya seperti orang bisu, langsung tak bercakap, nak cakap apa, bahasa Inggeris tak tahu. Namun begitu selepas 8 tahun di Brunei saya sekarang agak bagus juga berbahasa Inggeris, boleh bercakap walaupun tidak lancar, boleh faham walaupun merangkak. Namun saya bersyukur, kerana saya masih belum terlambat.
Kepada bangsa Melayu, kepada orang kampung, kepada mak bapak di kelantan, kepada pakcik makcik di kampung, janganlah risau jika kementeria ingin menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sekali pun di sekolah. Setujulah, terimalah cadangan ini, kerana inilah saja caranya nak membantu anak-anak kita pada masa depan. Jangan risau, bahasa Melayu tak akan pupus, anak-anak kita tak akan bodoh dalam pelajaran. Percayalah, ini sajalah caranya bagaimana bangsa kita nak menyaingi bangsa Cina dan India dalam lapangan pekerjaan pada masa akan datang.
Orang Cina dan India patut untuk tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan ini kerana mejoriti daripada bangsa mereka pandai berbahasa Inggeris dan inilah saja caranya mereka nak lihat bangsa kita menjadi bangsa yang haprak pada masa depan.
Kepada bangsa Melayu, fikirkanlah kata-kata saya ini. Ia lahir dari hati saya yang tulus ikhlas.
6 ulasan:
Saya setuju, kita patut contohi negara Brunei. Lagi lambat kita mula lagi jauh kita ketinggalan.
Terima kasih saudara Alias. Tapi masalahnya berapa ramai masyarakat Melayu kita berfikiran seperti sedara. Harap-harap perkara yang baik ini akan diteruskan oleh kerajaan. Nanti rakyat akan tahu dan dapat menilai kebaikannya.
Apa pun terimakasih kerana sudi jengah ke blog saya.
Membaca artikel ni, buat Puteri teringat cerita sorang kawan Puteri. Dia kata masa dia interview staff baru, dia sedih lihat calon-calon Melayu graduan Universiti tempatan tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sedang calon-calon dari bangsa Cina dan India berani mencuba bercakap dalam B.I, meskipun padahal bukanlah bagus sangat ayat B.I mereka, tapi mereka berani bercakap menyampaikan maksud. Bagaimana pun, calom Melayu tak berani nak buka mulut bila disoal dalam B.I. Maka membaut kawan saya tu terpaksa menyoal dalam bahasa Melayu.
Saya sedih dengar berita ni. Sebab saya pun tak pandai sangat B.I. tapi saya berusaha juga buka kamus dan cuba bercakap dalam B.I dengan kawan2 meskipun dengan cara "i wait, wait the bus no come".
Dalam zaman yang semakin maju dengan kebanyakan ilmu mudah didapati dalam B.I, saya memang galakkan anak-anak generasi sekarang berlatih bercakap dalam B.I. Mulakanlah dengan 2 hari seminggu di rumah. Ini bermakna mak bapak pun kena mula bercakap. Tak apalah ayat tonggang langgang mulanya, asalkan bermula dengan berani. Kita semua dulu pun nak belajar jalan jatuh2 dulu, luka2 lutut, sakit tu la yang buat kita lebih tekun untuk pelajari lebih lagi agar lebih mahir berjalan tanpa jatuh2 lagi.
Anak-anak tak akan lupa bahasa Melayu sebagai ibunda mereka sbb hari-hari dah kita ckp guna bahasa tu kat rumah. Yang penting, mesti perkasa kan BI untuk tujuan ilmu.
Kita kena terima hakikat bahwa dlm dunia skrg ni, kalau dah pandai BI, tercampak kat tanah dunia mana sekalipun kita, kita boleh survive.
nama saya iefa..umur saya 17tahun..saya setuju denagn apa yang dibuat oleh kerajaan...
kerana jika kita tiada pengetahuan dalam bahasa inggeris macam mane tiba-tiba pelancong datang malaysia menanya kita tentang malaysia tapi disuruhnya translate ke BI...ahah..apa nk jawab negara kita la dapat malu...
macam mana pulak kalau kita nak pergi melancong ke luar negara,tapi tak reti cakap BI..hurm..nasihat saya siapa yang tak reti cakap BI baek tak payah pergi la,jangan nak malu kan nama Malaysia lagi...!!!
Kabar baik!!!
Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.
Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com
Email saya: teddydouble334@yahoo.com
Catat Ulasan