Salam,
Najib mempunyai banyak masa lagi untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke 13. Beliau tahu tarikh mana yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya tersebut, sudah tentu beliau akan memilih masa yang tepat untuk mengumumkannya. Apabila beliau merasakan BN betul-betul sudah diterima rakyat, barulah beliau akan mengumumkannya. Itu firasat saya.
Kata-kata ramai mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi. Alasanya BN sudah kuat. Buktinya BN telah menang di kedua-dua pilihan raya kecil di Galas dan batu Sapi Sabah. Betulkah BN sudah kuat, sudah boleh diterima oleh rakyat? Persoalan itu susah untuk dijawab. Pada pandangan saya, kemenangan dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi bukanlah satu alasan yang kukuh untuk kita mengandaikan BN sudah kuat, sudah diterima rakyat dan sudah berjaya menawan hati rakyat. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh BN untuk menarik semula kepercayaan rakyat yang telah pudar kepada BN.
Sebenarnya bukan tarikh bila pilihan raya umum ke 13 yang menjadi perhatian saya kali ini, tetapi isu yang saya nak ketengahkan di sini ialah adakah Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum kali ini? Dan kalau Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN dalam pilihan raya umum kali ini, adakah mereka mampu menjadi satu kerajaan yang lebih baik daripada Kerajaan BN yang ada sekarang ni? Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, Itu yang sepatutnya kita fikirkan. Kita tak mahu seperti kata pepatah, keluar mulut harimau masuk mulut buaya...
Kalau Pakatan Rakyat betul-betul ingin membenteras ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintahan BN seperti amalan rasuah, pembaziran, amalan kronisme seperti yang diwar-warkan dalam akhbar, kita sebagai rakyat yang prihatin rasanya patut memberi peluang ini kepada Pakatan Rakyat untuk membetulkan ketidakadilan dalam pemerintahan BN. Bagaimana caranya...? Sudah tentu dengan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum nanti.
Pun begitu sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran yang waras, kita perlu berfikir dan berfikir dan terus berfikir untuk membuat satu-satu keputusan. Bukan apa, takut nanti apa yang kita putuskan nanti akan memakan diri kita sendiri. Untuk itu kita perlu melihat dan memerhati keadaan sekeliling yang boleh dijadikan panduan dan pedoman supaya kita tidak membuat satu keputusan yang silap.
Saya tahu, BN banyak membuat kesilapan dalam pemerintahannya. Ini membuatkan rakyat begitu marah dan kemarahan itu ditunjukkan dalam keputusan pilihan raya umum yang lepas. Tetapi adakah Pakatan Rakyat boleh memerintah lebih baik daripada BN? Kita boleh lihat sendiri cara pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Daripada cerita-cerita dalam blog dan akhbar-akhbar harian, kita dapati cara pemerintahan mereka pun lebih kurang sama dengan BN, banyak berlaku rasuah, penyelewengan sana-sini, ketidakpuasan pihak-pihak tertentu begitu berleluasa.
Yang terbaru ialah mengenai pembatalan keberangkatan Sultan Selangor menghadiri satu majlis jamuan kerana dikatakan kerajaan negeri boros dalam berbelanja. Artikel tersebut boleh dibaca di sini http://www.malaysiakini.com/news/148062.
Jadi sebagai rakyat kita hendaklah berhati-hati dalam membuat keputusan. Tidak salah untuk menukar satu-satu kerajaan, tetapi bimbang kalau kerajaan yang baru dipilih tersebut lebih rakus daripada kerajaan sedia ada.
Soalnya perlukan kita tumbangkan kerajaan yang sedia ada kini atau kita bertindak sahaja sebagai kumpulan pendesak. Mana-mana tindakan kerajaan yang dirasakan tidak betul, kita sebagai rakyat harus menyedarkan kerajaan dengan mengemukan cadangan yang lebih baik daripada apa yang dirancang oleh kerajaan. Saya rasa itu lebih baik. Apa pun keputusan terletak ditangan kita semua. Tunjukkanlah kepada semua bahawa sebagai rakyat, kita paling berkuasa dalam membuat apa-apa keputusan dalam pemerintahan demokrasi. Semoga kita semua dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan di dunia dn juga di akhirat.
15 November 2010
14 November 2010
Banjir Oh Banjir...
Salam,
Tiba bulan November dan Disember, penduduk Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian dari negeri Johor akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, bim bang banjir akan melanda. Itu cerita dulu, cerita kini sudah berbeza. Sekarang boleh dikatakan semua negeri berada dalam keadaan berjaga-jaga bila tiba musim tengkujuh yang dulunya hanya melanda Pantai Timur.
Apabila banjir melanda, cerita sama, skrip sama akan berulang dan terus berulang. Saling menuduh, menyalahkan orang lain dan membetulkan pihak sendiri. Masing-masing nak tunjuk hero, masing-masing nak tunjukkan bakti dengan cara menyalahkan orang lain. Yang jadi mangsa penduduk yang dilanda banjir. Makankah mereka minumkah mereka, tidurkah mereka, rosakkan harta mereka...biarkan dulu. Yang penting kita tunjukkan yang kita ni juara rakyat.
Sedih aku melihat gelagat manusia yang sebegini. Sampai bilakah manusia akan menjadi manusia sebagaimana yang difitrahkan Allah sebagai Khalifah di muka bumi ini. Binatang pun tahu bersatu bila berada dalam keadaan kesusahan, tapi kita manusia yang dikurniakan Allah akal fikiran nampaknya telah membelakangkan Tuhan.
Di mana silapnya...?
03 November 2010
Kelantan: Persepsi Dan Pandangan Umum Masyarakat
Salamun Alaikum...
Apabila kita bercakap tentang negeri Kelantan terbayang di minda kita sebuah negeri yang miskin, kotor, masyarakatnya agak kolot dan masih lagi yang mengamalkan corak hidup tradisional, suka "bergocoh", panas baran (pongoh) dan sebagainya lagi perkara negatif telah dilabelkan kepada masyarakat Kelantan.
Pun begitu, Kelantan juga terkenal dengan jolokan negeri "Serambi Mekah". Tak tahu dari mana nama tersebut boleh muncul dan digelar sedemikian, mungkin juga disebabkan perwatakan orang-orang Kelantan yang suka pakai kain pelikat, baju Melayu dan kopiah bukan sahaja semasa hendak bersolat malah untuk ke mana-mana sekalipun. Ke pasar, ke kedai kopi dan ke mana sahaja, orang Kelantan nampaknya tidak kekok untuk mengenakan kain pelikat, baju Melayu lusuh dan kopiah lembik atas kepalanya. Adakah dengan berpakaian sebegini maka Kelantan diberi gelaran "Serambi Mekah" atau memang negeri Kelantan mempunyai ramai tokoh ulama?
Selain itu, masyarakat Kelantan juga terkenal dengan usaha gigih golongan wanitanya dalam bidang perniagaan. Kalau kita lihat dan berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, kita boleh melihat siapa dan golongan mana yang memonopoli bidang niaga ini. Bukan sahaja di Kelantan malah di kesemua negeri-negeri di Malaysia kita boleh jumpai dengan masyarakat wanita Kelantan berniaga terutamanya berniaga kedai makan atau restoran. Adakah dengan berbuat demikian, maka masyarakat Kelantan telah dianggap menyekat peluang-peluang penduduk tempatan untuk membuka bisnes mereka? Tak tahulah...
Bukan dalam bidang perniagaan sahaja bahkan di sektor kerajaan juga, banyak jawatan-jawatan besar telah domonopoli oleh orang Kelantan. Ini diakui sendiri oleh salah seorang pensyarah Sains Politik di UKM. Beliau mengatakan di negeri(Perak) beliau pun, banyak jawatan besar dalam sektor kerajaan dipegang oleh orang Kelantan pada masa tu. Mungkin ada betulnya...
Sama ada ini persepsi atau fakta, realitinya sedikit sebanyak masyarakat luar telah terpengaruh dan keadaan ini mungkin telah menyebabkan pemikiran masyarakat umum terhadap Kelantan menjadi "bias" dalam semua hal, tambah-tambah lagi Kelantan di perintah oleh parti pembangkang.
Dalam bidang sukan misalnya, penyokong Kelantan dikatakan penyebab kepada pergaduhan dalam satu-satu perlawanan sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak antara Kelantan dengan Selangor dan Kelantan dengan Negeri Sembilan pada tahun lepas. Tuduhan melulu ini dibuat tanpa usul periksa memandangkan pergaduhan ini melibatkan negeri Kelantan. Pada hal kalau sesiapa ke stadium, mereka akan mengetahui siapa sebenarnya yang memulakan provokasi ke arah pergaduhan tersebut. Tapi yang menerima akibatnya Kelantan. Sikit sahaja yang melibatkan Kelantan maka hebohlah satu Malaysia dicanang dalam akhbar harian. Namun begitu kalau melibatkan pasukan negeri lain, mereka(pihak pengurusan) seolah-olah menutup sebelah mata atau pun langsung tak melihatnya. Kejadian kenderaan (bas, kereta) penyokong Kelantan yang dipecahkan cermin dan dicalarkan catnya di Perlis langsung tak diambil peduli. Kejadian salah seorang pemain Selangor menghantukkan kepalanya kepada pemain Terengganu T Team langsung tak diendahkan.
Inilah nasib negeri Kelantan. Buat baik salah...buat jahat lagilah...

Langgan:
Catatan (Atom)