Salam,
Malaysia merupaka sebuah negara yang amat baik sistem perhubungannya. Sistem jalan rayanya memang diakui antara yang terbaik di Asia Tenggara. Pembinaan lebuh raya yang menghubungi satu-satu negeri di Malaysia juga telah memberikan banyak kebaikan kepada pengguna. Pengguna akan sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat dan selamat dengan menggunakan lebuh raya berbanding jalan-jalan raya biasa walaupun tolnya agak membebankan sesetengah pihak.
Pada saya tol yang dikenakan tidaklah membebankan sangat berbanding perkhidmatan yang diberikan oleh pihak lebuh raya. Cuma apa yang saya kurang bersetuju ialah tentang had laju yang ditetapkan oleh kerajaan di lubuh raya. Saya rasa had laju 110 kilometer sejam sudah tidak releven lagi memandang sistem lebuh raya kita begitu baik sekali. Kereta kancil sekalipun apabila berada di lubuh raya akan melebihi had yang ditetapkan iaitu 110 kilometer sejam, apatah lagi kereta-kereta lain yang lebih tinggi kapasitinya berbanding kancil.
Pada saya kelajuan 130 kilometer sejam adalah lebih sesuai untuk semua kenderaan di lebuh raya. Alasan saya, kemalangan di lebuh raya jarang berlaku kalau nak dibandingkan dengan jalan-jalan biasa, lebuh raya kita juga antara yang terbaik, dan kenaikan had kelajuan ini juga dapat mengurangkan masalah saman trafik.
Menyentuh tentang saman trafik, seorang kawan saya yang hanya berkereta kancil telah mempunyai sebanyak 27 saman trafik kerana memandu melebihi had laju di lebuh raya. Cuba banyangkan kalau mereka yang mempunyai kereta yang lebih besar daripada kancil sudah tentu lagi banyak saman yang akan diperoleh mereka. Saya yang jarang-jarang menggunakan lebuh raya pun sudah memiliki 6 saman melebihi had laju.
Saya rasa amat mustahil untuk mematuhi had laju 110 kilometer sejam apabila berada di lebuh raya terutama Lebuh Raya Pantai Timur dari Jabor ke Kuala Lumpur, memandangkan jalannya yang baik dan kenderaan yang tak banyak.
Saya rasa pihak tertentu patut mengambil inisiatif atas apa yang saya perkatakan ini.
4 ulasan:
Tok,
Kalau kereta canggih2 agaknya la memang leh lenjan sampai lebih 110km/j. Puteri bawak kereta paling tinggi 110km/j tu pun dah rasa nak terbang...purata Puteri pandu 90km/j
** keta satria buruk lebih 15 tahun
Mungkin juga betul apa yang puteri kata. Tapi pada saya had kelajuan 110 memang tidak sesuai. Saya pun tak pasti atas dasar apa kerajaan menetapkan 110km sejam sebagai had yang dibenarkan di lebuh raya.
Pada puteri mungkin 90km sejam adalah had yang paling sesuai memandangkan 110km sejam terlalu laju.
Saya selalu juga berulang alik ke KL melalui LPT dan saya dah buat banyak experiman. Saya dah cuba bergerak dengan kelajuan 110km sejam, saya dah cuba bergerak 130km sejam dan saya juga dah bergerak 160km sejam. Bila saya dalam kelajuan 110, boleh dikatakan saya tak jumpa satu kenderaan pun dihadapan saya, boleh dikatakan semua kenderaan memotong kenderaan saya. Bila saya dalam kelajuan 130, baru saya sempat berjumpa dan memotong kenderaan lain tetapi lebih banyak kenderaan yang memotong saya.
Saya tak berbohong.
hmmm... lajunya!!!
Saya sokong tok janggut. Mungki kerana condition kereta yang sudah berumur membuatkan anda berasa laju. Jika anda naik kereta baru, anda akan rasa sangat perlahan pada kelajuan 90km/j.
Jika bawa terlalu perlahan juga boleh mendatangkan bahaya kerana mata akan cepat mengantuk kerana kita tidak fokus di atas jalanraya.
Jika jarak memandu adalah dekat, agak rasional untuk mematuhi had kelajuan. Tetapi jika anda memandu pada jarak yang jauh, bagi saya kelajuan itu tidak rasional lagi. Takkan la kita hanya nak membuat masa dengan memandu pada kelajuan tersebut. Jika mengantuk, terpaksa berhenti untuk berehat.
Catat Ulasan