07 April 2009

Apa Sudah Jadi?

Salam,

Apa sudah jadi? Apa sudah jadi dengan UMNO? Apa sudah jadi dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin? Apa sudah jadi sebenarnya dengan pilihan raya kecil kali ini.

Kalau dulu, ramai daripada kita menyalahkan Pak Lah dan Khairi atas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum lepas. Tak henti-henti golongan yang anti Pak Lah menyuruh Pak Lah meletakkan jawatan. Katanya UMNO akan pulih apabila Pak Lah letak jawatan, UMNO akan berubah apabila Pak Lah letak jawatan, UMNO akan kembali mendapat tempat di hati rakyat apabila Pak Lah meletakkan jawatan.

Sekarang apa sudah jadi? Pak Lah dah letak jawatan. TDM pun dah masuk UMNO, Tan Sri Muhyiddin pun telah diberi kepercayaan mengetuai pilihan raya kecil kali ini. Tetapi UMNO masih juga kalah di kedua-dua tempat iaitu di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Ini membuktikan kekalahan teruk BN dalam pilihanaya umum yang lalu bukan berpunca daripada Pak Lah tetapi sebenarnya berpunca daripada TDM. TDM sebenarnya yang telah menghilangkan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO.

Kepada Datuk Seri Najib, ambillah iktibar daripada kekalahan ini. Buatlah sesuatu untuk kebaikan semua.byeeeeeeeeee

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selagi pemimpin-pemimpin dalam UMNO tak sedar diri dan merasakan diri mereka baik, selagi itulah UMNO tak akan diterima oleh rakyat.

Selagi ada budaya menyalahkan orang lain dan merasakan diri kita betul selagi itulah imej UMNO tak akan berubah.

Sedarlah wahai pemimpin UMNO, bukan Pak lah yang rakyat benci, bukan Khairi yang orang tak suka tetapi budaya yang dibawa oleh pemimpin UMNO yang dibenci oleh rakyat. Budaya suka menyalahkan orang lain dan tak nak mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, budaya mengkayakan diri sendiri dan kaum kerabat, budaya elit berlagak macam bos dan budaya tidak mesra rakyat adalah punca kepada Kekalahan UMNO.

Mat Teropong

Tanpa Nama berkata...

testing... abc...

pak yeh berkata...

Salam tok janggut,
Lama tak bertemu.TT pun dah gulong tikar, takde tempat ber bahas lagi.

Aku syok gila tenggok gambar tok janggut baru.

UMNO telah jadi unIslamic kerana banyak sanggat korupsi dan guna ISA.Syaitan telah sesatkan mereka.

Sila kunjong ka..

http://warongpakyeh.blogspot.com