Salam,
Membaca kenyataan bekas menteri keewangan Tun Daim Zainuddin dalam Malaysiakini kelmarin telah menarik minat saya untuk meluahkan sesuatu di laman ini. Kenyataan Tun Daim ialah "kekuatan Najib sahaja tidak cukup untuk memenangkan BN dalam pilihanraya nanti". Mungkin ada betulnya kenyataan Tun Daim itu.
Kalau kita lihat kerajaan di bawah pimpinan Najib sekarang telah berjaya menampakkan sedikit perubahan ke arah menarik kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN. Langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Najib telah menampakkan hasil dan kita sebagai rakyat yang matang boleh melihat kejayaan itu. Pun begitu kita tidak seharusnya berbangga sangat dengan kejayaan tersebut. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Najib untuk membuatkan BN betul-betul diterima rakyat. Kejayaan atau kemenangan dalam pilihanraya kecil lalu juga bukanlah kayu penyukur yang tepat dalam menilai sokongan rakyat terhadap BN. Kerajaan seharusnya bekerja lebih kuat lagi untuk memenangi hati rakyat. Parti-parti komponen seperti MCA dan MIC mesti memainkan peranan yang sama, tidak seharusnya dibiarkan sahaja kepada UMNO dan Najib dalam menangani kes ini.
Namun Tun Daim juga berkata kekuatan UMNO adalah penting kerana apabila UMNO kuat secara otomatisnya parti-parti komponen akan menjadi lebih kuat. Saya setuju dengan pendapat Tun itu. Tun Mahathir pun pernah mengeluarkan kenyataan yang sama. Dan saya rasa dan percaya semua orang politik percaya akan kenyataan itu. Apabila UMNO kuat, parti-parti komponen lain akan turut kuat.
Najib telah menunjukkan kebolehan beliau dalam mentadbir negara dan kita semua telah nampak akan kejayaan itu. Sekarang apa pula peranan yang harus dimainkan oleh orang lain untuk menguatkan lagi pengaruh BN. Kekuatan najib sahaja tidak cukup, orang lain juga perlu memainkan peranan.
Daripada pemerhatian saya, kekuatan pembangkang sekarang terletak pada golongan muda. Golongan muda boleh dikatakan 70%(barangkali) tidak menyokong kerajaan. Mereka sangat benci pada kerajaan. Benci yang amat sangat. Apa yang kerajaan buat semuanya tak betul, semuanya salah seolah-olah mereka ini telah diletakkan barzah di hadapanya supaya tidak nampak lagi akan kebaikan kerajaan. Persaan benci dan dendam inilah yang seharusnya ditangani oleh orang lain dalam kepimpinan kerajaan BN. Dekati golongan ini, dampingi mereka dengan sebaik mungkin dan turuti kehendak meraka mana yang baik dan betul dengan penuh kejujuran.
Kejayaan mengikis perasaan benci dan dendam golongan muda ini terhadap kerajaan adalah kejayaan yang paling bermakna dan untuk mencapai kejayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Perasaan benci dan dendam itu sudah lama tertanam dalam sanubari mereka dan sudah tentulah kita juga perlu mengambil masa yang agak lama untuk membuang perasaan itu. Saya percaya kalau kita lakukan dengan penuh kejujuran dan penuh kesabaran, ia akan berjaya.
Sekian...