Salamun Alaikum...
Mengapakah manusia begitu angkuh kepada manusia yang lain? Tidak kah kita ini sama, maksud saya sama kejadianya. Dijadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini dengan penuh keamanan. Tapi kenapakah manusia begitu angkuh kepada manusia yang lain? Sedih mendengarnya.
Adakah kerana kita kaya...adakah kerana kita mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah....adakah kerana kita berkuasa...maka kita boleh bersikap angkuh dengan manusia yang lain? Menghina manusia lain, memaki-hamun manusia lain, merendah-rendah mereka dek kerana mereka tidak mengikut kemahuan kita, kerana mereka tidak mengenali siapa kita dan kerana mereka ini tidak setaraf dengan kita.
Inilah yang diluahkan oleh kawan-kawan aku yang bekerja sebagai pekerja buruh kontrak membina jalan. Mereka dimarah, mereka dimaki hamun oleh seseorang yang menganggap dirinya seorang yang hebat dan berpengaruh di situ.
Beginilah jadinya jika kita tidak mengetahui siapa kita dan untuk apa Tuhan menjadikan kita di muka bumi ini.