Salam,
Dalam tahun-tahun akhir 70-an, nama-nama seperti Ali, Ah Kow dan Ramasamy merupakan nama-nama popular yang terdapat dalam buku-buku bahasa Melayu. Manakala yang perempuan pula diberi nama Salmah, Ah Moi dan Kumari. Nama-nama ni sinonim dengan tiga bangsa utama yang mendominasi negara kita yang tercinta ini iaitu Melayu , Cina dan India.
Ketiga-tiga sahabat ini digambarkan dengan begitu akrab sekali walaupun mereka dari bangsa yang berbeza. Gambaran itu menunjukkan bahawa hubungan antara mereka secara realitinya memang begitu bukan dibuat-buat.
Namun apakah realiti tahun-tahun 70-an seperti yang digambarkan dalam buku bahasa Melayu itu kekal sehingga ke hari ini. Susah untuk kita merumuskan. Sebab Ali, Ah Kow dan Ramasamy masing-masing mempunyai agendanya yang tersendiri. Ali sudah tentunya nak menjaga kebajikan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit mereka dan begitulah juga dengan Ah Kow dan Ramasamy. Sudah tentu mereka bertiga ini akan melakukan sesuatu supaya anak cucu mereka akan terjamin kebajikannya pada masa depan. Dan adakah perlakuan mereka ini akan memecahbelahkan hubungan mereka yang begitu akrab suatu masa dahulu. Inilah yang terjadi sekarang.