Malaysia merupaka sebuah negara yang amat baik sistem perhubungannya. Sistem jalan rayanya memang diakui antara yang terbaik di Asia Tenggara. Pembinaan lebuh raya yang menghubungi satu-satu negeri di Malaysia juga telah memberikan banyak kebaikan kepada pengguna. Pengguna akan sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat dan selamat dengan menggunakan lebuh raya berbanding jalan-jalan raya biasa walaupun tolnya agak membebankan sesetengah pihak.

Pada saya kelajuan 130 kilometer sejam adalah lebih sesuai untuk semua kenderaan di lebuh raya. Alasan saya, kemalangan di lebuh raya jarang berlaku kalau nak dibandingkan dengan jalan-jalan biasa, lebuh raya kita juga antara yang terbaik, dan kenaikan had kelajuan ini juga dapat mengurangkan masalah saman trafik.
Menyentuh tentang saman trafik, seorang kawan saya yang hanya berkereta kancil telah mempunyai sebanyak 27 saman trafik kerana memandu melebihi had laju di lebuh raya. Cuba banyangkan kalau mereka yang mempunyai kereta yang lebih besar daripada kancil sudah tentu lagi banyak saman yang akan diperoleh mereka. Saya yang jarang-jarang menggunakan lebuh raya pun sudah memiliki 6 saman melebihi had laju.
Saya rasa amat mustahil untuk mematuhi had laju 110 kilometer sejam apabila berada di lebuh raya terutama Lebuh Raya Pantai Timur dari Jabor ke Kuala Lumpur, memandangkan jalannya yang baik dan kenderaan yang tak banyak.
Saya rasa pihak tertentu patut mengambil inisiatif atas apa yang saya perkatakan ini.