04 Januari 2010

Peraturan Baru Di Hospital

Salam,

Hari Sabtu lepas aku dan famili pergi ke Hospital Kemaman untuk melawat jiran sekampung yang terlantar di wad kerana melakukan pembedahan lutut. Hasil dari pembedahan tersebut, lututnya semakin baik dan boleh berdiri. Begitulah, dengan kemudahan teknologi yang ada, kaki yang tak boleh bergerak pun boleh bergerak semula. Namun bukan itu sebenarnya yang aku nak sentuh di sini. Apa yang aku nak katakan di sini ialah peraturan baru yang dikenakan oleh pihak hospital kepada pelawat-pelawat. Sejak penularan H1N1, pelawat kanak-kanak tidak dibenarkan lagi memasuki wad pesakit. Ia bertujuan untuk mengelakkan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak. Sebagaiamana yang kita maklum, kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit berjangkit kerana di dalam badannya masih kurang vaksin untuk menahan penyakit daripada merebak. Memang bagus peraturan tersebut.

Tetapi, dalam bagus pun ada juga yang tak bagusnya. Bagi mereka yang tak tahu dengan peraturan ni masih lagi membawa anak-anak ke hospital untuk melawat pesakit. Akibatnya anak-anak yang masih kecil terpaksa ditinggalkan di luar tanpa pengawasan daripada orang tua. Banyak risikonya kan? Kita boleh bayangkan keadaan ini.

Aku juga tidak terlepas daripada peraturan baru ini. Tetapi aku bernasib baik kerana kami pergi ramai dan proses penjagaan kanak-kanak di luar wad bertukar ganti. Bagi mereka yang tidak ada penjaga terpaksa meninggalkan anak-anak di luar tanpa pengawasan. Ada yang menangis, ada yang melompat sana sini, dah jadi seperti taman kanak-kanaklah pulak. Kumungkinan untuk berlaku kejadian jenayah juga tidak mustahil dalam keadaan tanpa pengawasan tersebut.

Aku harap pihak hospital mengambil berat akan hal ini.